Tuesday, April 28, 2009

Daerah Kerian


Daerah Kerian dibahagikan kepada lapan buah mukim
a) Mukim Parit Buntar
b) Bagan Tiang
c) Tanjung Piandang
d) Kuala Kurau
e) Bagan Serai
f) Beriah
g) Gunong Semanggol
h) Selinsing

Ianya terletak di bawah tujuh (7) pentadbiran Penghulu Mukim dan 90 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diamanah dan bertanggungjawab untuk mentadbir 246 unit kampung
.

Bumi

BENTUK MUKA BUMI

KEDUDUKAN DAN SAIZ

  1. Malaysia terletak di antara garisan lintang 1oU hingga 7oU dan garisan bujur 100oT hingga 120oT.
  2. Terletak di Asia Tenggara dan berjiran dengan negeri Thai, Myanmar, Laos, Kemboja, Singapura, Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.
  3. Keluasan Malaysia ialah kira-kira 330,445 km persegi. Terdiri daripada Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia.
  4. Semenanjung Malaysia terpisah daripada Indonesia (Pulau Sumatera) oleh Selat Melaka dan Singapura oleh Selat Tebrau.
  5. Terdiri daripada tigabelas buah negeri dan dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Labuan.
  6. Sarawak negeri yang terbesar dan Perlis negeri yang terkecil.
  7. Negeri-negeri di Malaysia :

Bil.

Negeri

Ibu negeri

1

Perlis Kangar
2 Kedah Alor Setar
3 Pulau Pinang George Town
4 Perak Ipoh
5 Selangor Shah Alam
6 Negeri Sembilan Seremban
7 Melaka Melaka
8 Johor Johor Bahru
9 Pahang Kuantan
10 Terengganu Kuala Terengganu
11 Kelantan Kota Bharu
12 Sabah Kota Kinabalu
13 Sarawak Kuching

Lagu

Rumah Kita
(Melodi : Can Mali Can)

Can mali can ooi ooi
Can mali can ooi ooi (2x)
Can mali can ketipung payung

Bentuk muka bumi pengaruh rumah kita
Iklim dan cuaca ada pengaruhnya
Ramai manusia banyak rumahnya
Banyak pengaruh rumah jadi kukuh

Can mali can ooi ooi
Can mali can ooi ooi (2x)
Can mali can ketipung payung.

Sajak

Rumahku

Rumah
Kau tempat aku berlindung
Hujan dan panas kaulindungi

Rumah
Walau apa pun bentuk rupamu
Kau ialah rumahku syurgaku

Rumah
Kau ialah keselesaanku
Yang memberiku kebahagiaan
Kau ialah pelindung kami.

Lagu

Du bi du bi du du bi du (2X)

Cuaca,
Sungguh indah berseri-seri
Panas redup mendung dan berangin
Mewarnai hidup ini

Oh…..panas,
Habamu menghangatkan alam
Burung terbang berkicauan
Indah pemandangan

Bila mendung tiba
Angin pula bertiupan
Pohon bergoyangan
Beburung pun berterbangan

Oh… hujan,
Turun dengan renyai-renyai
Membasahi bumi ini
Udara segar nyaman

Du bi du bi du du bi du (2X)

Rumah Moden

Rumah moden ialah rumah yang mempunyai reka bentuk yang baharu dan mengikut perkembangan semasa.

Rumah di Malaysia

Rumah Tradisional
Rumah tradisional ialah rumah yang masih mengekalkan ciri reka bentuk masyarakat dahulu. Kebanyakan rumah tradisional dibina daripada kayu.

Sunday, April 26, 2009

Wednesday, April 8, 2009

Pengenalan

Blog Kajian Tempatan ini bertujuan untuk memberi informasi berkaitan aktiviti-aktiviti Panitia Kajian Tempatan SK Methodist Parit Buntar, Perak. Di samping itu, blog ini juga cuba berkongsi idea-idea tentang dunia Kajian Tempatan secara keseluruhan.