Sunday, July 26, 2009

Lawatan ke Taiping dan Kuala Kangsar

Pada tanggal 25 Julai 2009, Panitia Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Seni Visual telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taiping dan Kuala Kangsar. Lawatan ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman para pelajar tentang perusahaan yang terdapat di kawasan setempat, di samping dapat mengeratkan integrasi kaum dan silatulrahim. Antara destinasi lawatan kami ialah Pusat Kraf tangan Kuala Kangsar, Kilang Kicap Tamin, Galeri Sultan Azlan Shah dan Zoo Taiping. Lawatan ini disertai oleh 35 orang pelajar Tahun 4, 5 dan 6. Turut mengiringi ialah 8 orang guru, iaitu Puan Hjh Che Paridah, Puan Rosmeni, Puan Norhayati, Puan Nooranis, Puan Norlia, Puan Norhafizah, Puan Marwati dah Cik Hazwani. Pada keseluruhannya lawatan ini banyak memberi manfaat kepada kami, seperti kata pepatah " Jauh berjalan luas pandangan."


Mohamad Amsyar Irfan bin Noor A'zmi.
5 Bestari SK Methodist.