Thursday, November 4, 2010

KARNIVAL KAJIAN TEMPATAN DAERAH KERIAN 2010

Karnival yang julung-julung kali diadakan ini berlangsung pada 4hb. Nov. 2010, bertempat di SK Kampong Tua, Semanggol. SK Methodist menyertai semua acara yang dipertandingkan iaitu pertandingan Buku Skrap Berkomputer dan Bukan Berkomputer, Membina Peta Malaysia dan Kuiz. Peserta kuiz yang diwakili oleh Raja Ariff Danial, Nursyamimi Izati, Nur Aina Aqilah dan Nur Al Amin telah berjaya menjadi johan.

Peserta-peserta Karnival Kajian Tempatan

Penyampaian hadiah kepada para pemenang

Pertandingan Kuiz

Pertandingan Membina Peta Malaysia

Karnival Kajian Tempatan

Saturday, October 2, 2010

PIPP

PELAN Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang akan dijadikan garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh bagi tempoh lima tahun untuk membangunkan sekolah kebangsaan (SK) sebagai aliran perdana tanpa meminggirkan sekolah aliran lain.

Bagi menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua, Kementerian Pelajaran (KPM) telah mengenalpasti dua pendekatan utama iaitu memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama sekali gus menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

Pendekatan kedua pula ialah memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang mencapai tahap cemerlang, bukan sahaja bagi memastikan ia mempertahankan kecemerlangan itu malah mampu meningkatkannya ke tahap yang lebih tinggi.

Sesuai dengan hasrat itu, KPM telah mengenalpasti enam teras strategik bagi memperkukuhkan pendidikan negara dalam tempoh lima tahun sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Teras pertama yang akan dilaksanakan adalah membina negara bangsa melalui pendidikan bertujuan melahirkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa.

Hasrat berkenaan akan dicapai dengan memperkasakan bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan menggiatkan aktiviti kokurikulum dalam sukan.

Pembangunan modal insan merupakan teras kedua di bawah PIPP yang akan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif, kreatif serta boleh dipasarkan.

Teras ketiga ialah memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) agar sekolah-sekolah itu menjadi pilihan rakyat.

Selaras dengan usaha itu, KPM akan melengkapkan SK dengan kemudahan pendidikan yang mencukupi, berkualiti, terkini dan guru terlatih mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.

Seterusnya, sebagai teras keempat, KPM akan berusaha merapatkan jurang pendidikan dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan khususnya diluar bandar seperti Sabah dan Sarawak.

Di bawah teras keempat itu juga, KPM akan memperbanyakkan bantuan kepada pelajar miskin, keperluan khas, kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital serta menempatkan guru terlatih.

Teras kelima ialah memartabatkan profesion keguruan bagi memastikan profesion itu dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan.

Sebahagian daripada usaha itu ialah menaik taraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru bagi meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah.

Manakala teras terakhir di bawah PIPP ialah melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dengan membentuk bahagian kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau bidang-bidang khusus yang lain.

Sekolah yang terpilih akan dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar negara dengan menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa seperti International Baccalaureate serta dijadikan sekolah contoh.

PIPP yang dirangka KPM turut mengambil kira jurang dan cabaran yang perlu ditangani bagi memastikan Wawasan 2020 dapat dicapai.

Selaras dengan itu, KPM berhasrat membangunkan modal insan dengan ciri masyarakat bangsa Malaysia, memastikan akses, ekuiti dan kualiti tunjang agenda pendidikan diteruskan serta merintis dan menerajui perubahan bagi melonjak sistem dan institusi pendidikan ke tahap dunia.

NKRA

NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia

Di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:


1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.


Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :

1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)

2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.

3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).

4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).

5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.

6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

Saturday, August 14, 2010

Kemerosotan Kesultanan Melaka

Melaka mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah. Namun, semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah Melaka mengalami zaman kemerosotan. Antara faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan ialah:

1. Kelemahan Pemimpin
- Bendahara Tun Mutahir bersikap pilih kasih dalam urusan pentadbiran negara.
- Tun Perpatih Putih - tua dan uzur.
- Sultan Mahmud Shah - kurang mengambil berat hal-hal pentadbiran
- Sultan Ahmad Shah - lemah dan tidak cekap

2. Perebutan Kuasa
- Berlaku dalam kalangan pembesar
- Melantik saudara-mara sendiri sebagai pembesar-menimbulkan ketidakpuashatian
- Fitnah terhadap Tun Mutahir

3. Kelemahan Askar Melaka
- Askar Melaka hanya menggunakan tombak, keris, dan sumpit manakala Portugis
menggunakan meriam dan senapang.
- Tentera Portugis mendapat bantuan tentera Portugis di Goa, India.

4. Rakyat Tidak Setia.
- Rakyat berpecah belah dan tidak bersatu akibat kematian Tun Mutahir.
- Portugis dapat menawan Melaka setelah berjaya memusnahkan jambatan Sungai
Melaka.
- Si Kitol telah membocorkan rahsia penting tentang pertahanan Melaka kepada
Portugis.

Wednesday, August 11, 2010

1 Malaysia

Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53/2010

Tema hari Kemerdekaan ke-53 pada tahun ini ialah “1Malaysia Menjana Transformasi”. Menurut Pak Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata intipati yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program dan aktiviti sepanjang tempoh sambutan mulai 1 Ogos hingga 16 Sept ini.
Sambutan bulan kemerdekaan akan dimulakan dengan pelancarannya di Stadium Utama, Kanggar Perlis dan berakhir dengan Sambutan Hari Kemerdekaan bermula pada 1 ogos dan berakhir dengan acara Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di kota Kinabalu pada 16 september setiap tahun.
Pelbagai program dan isian sepanjang tempoh sambutan tersebut akan menumpukan kepada kesejahteraan rakyat di bawah Gagasan 1Malaysia dan tidak melibatkan terlalu banyak ucapan oleh pemimpin.
Justeru itu, kempen mengibar jalur gemilang telah di adakan sepanjang bulan kemerdekaan ini yang melibatkan pemilik kedai, pemilik bangunan dan juga sekolah.
Di harap dengan pelaksaan program dan kempen sepanjang bulan kemerdekaan nanti dapat meningkatkan kesedaran dan semangat patriotik terutama bagi golongan remaja dan belia di dalam memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya kerana mereka adalah pewaris negara ini.

Tema Hari Kebangsaan ke-53

"1 Malaysia Menjana Transformasi"

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-53

Sunday, August 8, 2010

Lagu-Lagu Patriotik

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Lagu-Lagu Patriotik

Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Kedatangan Kuasa Luar.

Kedatangan kuasa luar ini disebabkan oleh penemuan jalan laut, penyebaran agama dan keperluan bahan mentah.

Kuasa-kuasa luar yang menjajah Melaka:
1. Portugis
- Portugis mula datang berdagang di Melaka pada tahun 1509.
- Menawan Melaka pada tahun 1511 untuk menguasai perdagangan rempah dan
entreport.
- Bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian.

2. Belanda
- Belanda telah bertapak di Betawi semasa Portugis menguasai Melaka.
- Mahu memonopoli perdagangan di Selat Melaka.
- Mahu menguasai rempah dan biji timah.
- Menakluk Melaka pada tahun 1641.

3. British
- Mula bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786.
- Ingin menguasai kawasan bijih timah.
- British menduduki Melaka pada tahun tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris -
Belanda.

Peluasan Kuasa Melaka.

Semasa zaman kegemilangan, Kesultanan Melayu Melaka telah meluaskan jajahan takluknya. Melaka telah meluaskan pengaruhnya untuk menguasai kegiatan perdagangan di Selat Melaka. Penguasaan kedua-dua bahagian pantai Selat Melaka memudahkan Melaka mengawal ancaman lanun. Para pedagang berasa selamat untuk singgah berdagang di Pelabuhan Melaka.

Melaka meluaskan kuasanya melalui :
1. Penaklukan
2. Kerelaan Raja Negeri Lain
3. Perkahwinan
4. Kebijaksanaan pemimpin iaitu:
a. Sultan Muzaffar Shah - Menjalinkan hubungan dengan China, menguasai Pahang, Inderagiri dan Kampar.
b. Sultan Mansor Shah - Menakluk Perak, Siak dan Rokan.
c. Bendahara Tun Perak - Mengarahkan para pengikutnya membawa bersama keluarga mereka dari Kelang ke Melaka untuk menghadapi serangan Siam bertujuan untuk memberikan semangat. Mengarahkan askar menggunakan perahu kecil sebagai muslihat menentang tentera Siam. Siam akan beranggapan Melaka mempunyai askar yang ramai.

Melaka Sebagai Pusat Kegiatan Ilmu.

Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, istana merupakan pusat kegiatan ilmu. Istana Melaka dijadikan tempat pertemuan ulama, pendakwah dan cendiakawan Islam.

Aktiviti yang dijalankan ialah menterjemah dan menyadur karya sastera Parsi dan Arab. Kegiatan menyadur dan menggubal kitab-kitab perundangan Islam juga dijalankan. Dua buah kitab perundangan yang berjaya digubal ialah:
1. Hukum Kanun Melaka - Dokumen undang-undang yang mengandungi 44 fasal. Menghuraikan
kedudukan raja, peranan raja an pembesar.
2. Undang-undang Laut Melaka - Peraturan pelayaran dan aktiviti perdagangan.

Aktiviti-aktiviti Sempena Minggu Kajian Tempatan



Friday, July 2, 2010

Minggu Kajian Tempatan

MINGGU KAJIAN TEMPATAN
TARIKH : 5HB JULAI – 9 HB JULAI 2010



OBJEKTIF:
1. Mencungkil bakat dan kreativiti dalam kalangan murid-murid.
2. Melahirkan modal insan yang mempunyai semangat nasionalisme.
3. Memupuk dan menyuburkan integrasi di antara kaum
4. Melibatkan diri secara aktif dan menyeronokkan.


AKTIVITI
1. Info Kajian Tempatan – semasa perhimpunan pagi
2. Folio – di luar waktu pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan, kecuali untuk Tahun Enam
3. Membuat Model Gua (Semasa pengajaran dan pembelajaran K.Tempatan)
4. Membuat Model Rumah (Semasa pengajaran dan pembelajaran K. Tempatan)
5. Membuat Model Gunung Berapi (Semasa pengajaran dan pembelajaran K. Tempatan)
6. Boria – Perhimpunan pagi hari Jumaat
7. Dikir Barat – Perhimpunan pagi hari Jumaat

Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Keagungan kerajaan Melaka pada abad ke-15 dan awal abad ke-16 disebabkan oleh kegiatan perdagangannya. Kegiatan ini merupakan satu pendapatan bagi kerajaan Melaka. Mengikut Sejarah Melayu versi tahun 1612, edisi 1961 halam 81, 220 "Melaka digelar oleh orang Arab sebagai Malakat iaitu perhimpunan segala dagang". Perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi kerajaan sriwijaya yang terletak dipalembang. Kerajaan ini terkenal sebagai pusat perdagangan. Pemerntah Melaka iaitu Parameswara merupakan keturunan kerabat diraja Palembang. Parameswara berusaha menjadikan Melaka ebagai sebuah emporium melayu pada abad ke 15. Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan kerana terdapat faktor geografi iaitu kedudukan Selat Melaka iaitu dipersimpangan jalan laut dari India dan China ataupun timur dan barat. Di sini fungsi Melaka iaitu sebagai perlabuhan persiggahan bagi kapal-kapal yang berulang alik melalui selat Melaka. Perlabuhan Melaka terlindung dari angin dan jjauh dari paya bakau, pintu perlabuhannya cukup dalam untuk membolehkan kapal besar masuk berlabuh. Terdapat rangkaian hubungan dengan daerah pedalaman kerana sungai Melaka membuka jalan kepada jalan dagang seberang semenanjung iaitu mengikut kawasan pengangkutan iaitu Penarikan yang bersambung ke jalan sungai Muar-Pahang iaitu membawa ke kawasan yang kaya dengan emas di ulu pahang. Iklim juga berperanan dalam menentukan perdagangan di Melaka. Terdapat dua jenis angin yang bertiup iaitu angin monsun timur laut dan angin monsun barat daya dimana kedua-dua angin ini bertiup selama enam bulan dalam giliran tahunan. Oleh itu pedagang dari barat dan timur tidak pernah berjumpa akibat tiupan angin yang berlainan musim tadi. Malah lalulintas laut ditentukan oleh angin monsun. Oleh itu mereka menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan iaitu meletak barang dagangan digudang untuk diniagakan apabila pedagang lain tiba di Melaka pada monsun yang satu lagi. Sultan telah menyediakan semua kemudahan fizikal dan material di perlabuhan entrepot contohnya raja Iskandar Syah telah menyediakan kemudahan, dorongan ke arah menjadikan Melaka pusat perdagangan seperti bendajara, syahbandar, laksamana dan penghulu bendahari.

Saturday, May 22, 2010

Aktiviti-aktiviti Panitia Kajian Tempatan





Aktiviti-aktiviti Panitia Kajian Tempatan





Melaka sebagai pusat perdagangan

Kegemilangan Melaka


Sejarah Negara Kita

SEJARAH MELAKA



Melaka ialah sebuah negeri yang terkenal dengan sejarahnya. Melaka terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia serta bersempadan dengan Negeri Johor dan Negeri Sembilan.Negeri ini ialah negeri yang kedua terkecil selepas Perlis. Keluasannya cuma 1,657 kilometer persegi. Panjangnya dari utara ke selatan ialah 40 kilometer dan lebarnya dari barat ke timur ialah 69 kilometer.

Menurut catatan sejarah, nama Melaka telah lama wujud iaitu daripada nama kesultanan yang diasaskan oleh Parameswara atau Sultan Iskandar Syah . Daripada catatan pedagang Cina yang datang ke Melaka, sudah ada tempat dagangan bernama Melaka. Nama Melaka juga ada disebut dalam 'Syair Jawa' bertarikh 1324. Melaka disebut sebagai negeri yang bernaung di bawah Siam dalam tahun 1360.

Nama Melaka pertama kali dikesan penggunaannya adalah pada abad ke -14. Terdapat pelbagai cerita tentang bagaimana Melaka mendapat namanya.Walaubagaimanapun, cerita yang diterima umum ialah cerita yang mengaitkan nama itu dengan sebatang pokok yang disebut pokok Melaka.

Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan.

Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu. Selain itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa Melaka berasal dari perkataan 'Malagas'. Menurut Gasper Correa, penulis sejarah pada tahun 1551 mengatakan bahawa Parameswara melarikan diri ke Melaka, didapati sudah ada penempatan orang Melayu asli dan orang Laut.

Baginda mendapati di muara sungai itu ada sebuah perkampungan nelayan di mana penduduknya melakukan kerja membuat ikan masin untuk dijual kepada pedagang-pedagang yang datang dari luar. Tempat itu dikenali sebagai 'Malagas' atau 'Mulagas', sempena namanya sebagai pusat menjual ikan masin.

Dalam buku 'Suma Oriental', nama Melaka dikatakan berasal daripada perkataan 'Malaya' yang bermaksud 'tempat perlindungan'. Menurut cerita, semasa Parameswara sampai ke Muar, sekumpulan Orang Selat telah bertemu dangan baginda dan memohon supaya baginda merajai mereka di suatu tempat yang lebih sesuai iaitu di Bertam lalu Parameswara bertitah kepada mereka,
"kamu semua tahu dalam bahasa kita,seseorang yang melarikan diri itu dipanggil 'Melayo', oleh itu baiklah tempat ini dipanggil 'Malaya' kerana tempat ini tempat perlindungan kita".

Pendapat lain pula mengatakan bahawa nama Melaka berasal daripada 'mirabolanos' iaitu sejenis buah yang dikeringkan. Nama Melaka juga dikaitkan dengan 'Malayakolam' atau 'Malayaka' yang bererti 'negeri orang Melayu'. Nama itu juga mempunyai persamaan dengan nama satu suku yang terdapat di India yang pernah disebut dalam cerita 'Mahabhrata'.

Kedudukan geografinya yang strategik iaitu di Selat Melaka menyebabkannya menjadi pusat tumpuan pedagang dari luar yang singgah di Melaka. Oleh itu, pedagang Arab memanggil bandar pelabuhan itu 'Mulagah' yang bererti 'tempat berjumpa'. Kadang-kadang tempat itu dipanggil 'Multaqam' (tempat berkumpul) kerana semua pedagang dari timur dan barat berkumpul dan berjual beli di situ. Ada juga yang menyebut Melaka sebagai'malakat' atau 'malaqqa' yang bererti 'pasar' atau 'tempat berniaga'.

Penyebaran Islam di MelakaPengasas negeri Melaka ialah Parameswara di mana baginda ialah anak raja Srivijaya yang berasal dari Palembang. Baginda terbabit dalam satu pemberontakan di Sumatera menentang kerajaan Majapahit. Setelah gagal dalam pemberontakan itu baginda lari untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh angkatan Majapahit. Akhirnya baginda sampai di Temasik (nama lama bagi Singapura). Ketibaan baginda disambut oleh pemerintah Temasik iaitu Temagi. Temagi adalah wakil pemerintah kerajaan Siam yang memerintah di situ. Malangnya, Parameswara berniat jahat terhadap Temagi. Temagi mati dibunuh oleh Parameswara dan kematian Temagi itu dituntut bela oleh Siam.

Parameswara dan pengikut-pengikutnya terpaksa melarikan diri sehingga sampai ke suatu tempat yang akhirnya dinamakan Melaka. Tarikh pembukaan Melaka adalah sekitar tahun 1402.