Saturday, August 14, 2010

Kemerosotan Kesultanan Melaka

Melaka mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah. Namun, semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah Melaka mengalami zaman kemerosotan. Antara faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan ialah:

1. Kelemahan Pemimpin
- Bendahara Tun Mutahir bersikap pilih kasih dalam urusan pentadbiran negara.
- Tun Perpatih Putih - tua dan uzur.
- Sultan Mahmud Shah - kurang mengambil berat hal-hal pentadbiran
- Sultan Ahmad Shah - lemah dan tidak cekap

2. Perebutan Kuasa
- Berlaku dalam kalangan pembesar
- Melantik saudara-mara sendiri sebagai pembesar-menimbulkan ketidakpuashatian
- Fitnah terhadap Tun Mutahir

3. Kelemahan Askar Melaka
- Askar Melaka hanya menggunakan tombak, keris, dan sumpit manakala Portugis
menggunakan meriam dan senapang.
- Tentera Portugis mendapat bantuan tentera Portugis di Goa, India.

4. Rakyat Tidak Setia.
- Rakyat berpecah belah dan tidak bersatu akibat kematian Tun Mutahir.
- Portugis dapat menawan Melaka setelah berjaya memusnahkan jambatan Sungai
Melaka.
- Si Kitol telah membocorkan rahsia penting tentang pertahanan Melaka kepada
Portugis.

Wednesday, August 11, 2010

1 Malaysia

Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53/2010

Tema hari Kemerdekaan ke-53 pada tahun ini ialah “1Malaysia Menjana Transformasi”. Menurut Pak Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata intipati yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program dan aktiviti sepanjang tempoh sambutan mulai 1 Ogos hingga 16 Sept ini.
Sambutan bulan kemerdekaan akan dimulakan dengan pelancarannya di Stadium Utama, Kanggar Perlis dan berakhir dengan Sambutan Hari Kemerdekaan bermula pada 1 ogos dan berakhir dengan acara Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di kota Kinabalu pada 16 september setiap tahun.
Pelbagai program dan isian sepanjang tempoh sambutan tersebut akan menumpukan kepada kesejahteraan rakyat di bawah Gagasan 1Malaysia dan tidak melibatkan terlalu banyak ucapan oleh pemimpin.
Justeru itu, kempen mengibar jalur gemilang telah di adakan sepanjang bulan kemerdekaan ini yang melibatkan pemilik kedai, pemilik bangunan dan juga sekolah.
Di harap dengan pelaksaan program dan kempen sepanjang bulan kemerdekaan nanti dapat meningkatkan kesedaran dan semangat patriotik terutama bagi golongan remaja dan belia di dalam memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya kerana mereka adalah pewaris negara ini.

Tema Hari Kebangsaan ke-53

"1 Malaysia Menjana Transformasi"

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-53

Sunday, August 8, 2010

Lagu-Lagu Patriotik

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Lagu-Lagu Patriotik

Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Kedatangan Kuasa Luar.

Kedatangan kuasa luar ini disebabkan oleh penemuan jalan laut, penyebaran agama dan keperluan bahan mentah.

Kuasa-kuasa luar yang menjajah Melaka:
1. Portugis
- Portugis mula datang berdagang di Melaka pada tahun 1509.
- Menawan Melaka pada tahun 1511 untuk menguasai perdagangan rempah dan
entreport.
- Bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian.

2. Belanda
- Belanda telah bertapak di Betawi semasa Portugis menguasai Melaka.
- Mahu memonopoli perdagangan di Selat Melaka.
- Mahu menguasai rempah dan biji timah.
- Menakluk Melaka pada tahun 1641.

3. British
- Mula bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786.
- Ingin menguasai kawasan bijih timah.
- British menduduki Melaka pada tahun tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris -
Belanda.

Peluasan Kuasa Melaka.

Semasa zaman kegemilangan, Kesultanan Melayu Melaka telah meluaskan jajahan takluknya. Melaka telah meluaskan pengaruhnya untuk menguasai kegiatan perdagangan di Selat Melaka. Penguasaan kedua-dua bahagian pantai Selat Melaka memudahkan Melaka mengawal ancaman lanun. Para pedagang berasa selamat untuk singgah berdagang di Pelabuhan Melaka.

Melaka meluaskan kuasanya melalui :
1. Penaklukan
2. Kerelaan Raja Negeri Lain
3. Perkahwinan
4. Kebijaksanaan pemimpin iaitu:
a. Sultan Muzaffar Shah - Menjalinkan hubungan dengan China, menguasai Pahang, Inderagiri dan Kampar.
b. Sultan Mansor Shah - Menakluk Perak, Siak dan Rokan.
c. Bendahara Tun Perak - Mengarahkan para pengikutnya membawa bersama keluarga mereka dari Kelang ke Melaka untuk menghadapi serangan Siam bertujuan untuk memberikan semangat. Mengarahkan askar menggunakan perahu kecil sebagai muslihat menentang tentera Siam. Siam akan beranggapan Melaka mempunyai askar yang ramai.

Melaka Sebagai Pusat Kegiatan Ilmu.

Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, istana merupakan pusat kegiatan ilmu. Istana Melaka dijadikan tempat pertemuan ulama, pendakwah dan cendiakawan Islam.

Aktiviti yang dijalankan ialah menterjemah dan menyadur karya sastera Parsi dan Arab. Kegiatan menyadur dan menggubal kitab-kitab perundangan Islam juga dijalankan. Dua buah kitab perundangan yang berjaya digubal ialah:
1. Hukum Kanun Melaka - Dokumen undang-undang yang mengandungi 44 fasal. Menghuraikan
kedudukan raja, peranan raja an pembesar.
2. Undang-undang Laut Melaka - Peraturan pelayaran dan aktiviti perdagangan.

Aktiviti-aktiviti Sempena Minggu Kajian Tempatan