Monday, October 3, 2011

Pakaian Tradisional Melayu

BAJU KURUNG
  • Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu hanya memakai kain kemban sahaja.
  • Tetapi, setelah kedatangan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan.
  • Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Ianya meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja,dilihat sebagai mematuhi peraturan berpakaian Islam.
  • Baju kurung boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Kebiasaannya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala.
  • Baju kurung sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian.
  • Terdapat beberapa jenis baju kurung yang terdapat di Malaysia:

BAJU KURUNG CEKAK MUSANG

sumber dari sini


BAJU KURUNG PAHANG

sumber dari sini

BAJU KURUNG KEDAH

sumber dari sini





BAJU MELAYU
  • Pakaian tradisional bagi kaum lelaki ialah baju Melayu.
  • Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang.
  • Pakaian ini selalunya dipadankan dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang dan songkok.
  • Baju Melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.
  • Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut.
  • Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di kawasan selatan Malaysia. Potongan Teluk Belanga potongan lehernya dijahit secara sulaman.
  • Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan Cekak Musang iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya adalah bertindan.
  • Cara memakai baju juga Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju.
  • Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah baju di dalam sampin.

Pakaian Tradisional Kaum Iban

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN

Pakaian tradisional lelaki Iban
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.


Pakaian tradisonal wanita Iban
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.


Monday, July 18, 2011

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

IDENTITI KAMPUNG HALAMANKU

Sejarah atau Lagenda

Asal-usul nama Kerian.

Dalam lingkungan tahun 1800, Pegawai Residen British yang bertugas di Parit Buntar pada ketika itu telah menghadiri perbicaraan satu kes jenayah di Parit Buntar. Sewaktu pulang, beliau dan rombongannya telah menaiki kapal (wakang) menyusuri sungai untuk ke Pulau Pangkor. Dalam perjalanan tersebut, beliau telah menyebut "KIRIAN" (perkataan kiri) iaitu merujuk kepada tanah di sebelah kiri di bawah pemerintahan Sultan Perak. Perkataan "KIRIAN" telah menjadi popular dan menjadi bahan ejekan orang ramai pada ketika itu. Akhirnya ketika pihak pemerintah ingin menamakan daerah ini, perkataan "KIRIAN" telah dipilih dan diubah kepada "KERIAN".

Asal-usul nama Gerik.

Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi hutan belantara dan masih terletak bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut bagi dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad).

Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.

Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.

Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.

Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah digunakan beberapa lama dan kemudiannya sebutan dan ejaannya diubah daripada 'Gerit' menjadi 'Grik', kemudian menjadi 'Gerik' seperti yang digunakan sekarang.

dekan : sejenis haiwan seakan-akan tikus; masih boleh ditemui di hutan Belum.

Asal-usul nama Langkawi

Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.

"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.

Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).

Sunday, July 17, 2011

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

Soalan Topikal - Identiti Kampug Halamanku

1. Ceritakan asal-usul nama tempat tinggal anda atau asal-usul sesuatu nama tempat yang anada
ketahui?
2. Ceritakan peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di tempat anda?
3. Apakah peristiwa yang paling istimewa pernah berlaku di tempat anda?

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

Identiti Setempat

1. Asal-usul nama tempat tinggal
2. Peristiwa bersejarah di tempat tinggal
3. Peristiwa setempat yang paling istimewa

Sunday, July 10, 2011

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5

BAB 5 : KEGEMILANGAN MELAKA

(1) Pentadbiran – pembesar empat lipatan

1. Peranan sultan Melaka :

  • Selaraskan kegiatan ekonomi Melaka
  • lambang perpaduan rakyat jelata.
  • Ketuai hubungan diplomatik.
  • ketua agama Islam.
  • ketua adat istiadat Melayu.
  • Ketua angkatan tentera.
  • Lantik pembesar negeri.

2. Sultan dibantu oleh pembesar berempat :

i. Bendahara

ii. Penghulu Bendahari

iii. Temenggung

iv. Laksamana

3. Peranan Bendahara :

  • Penasihat sultan dalam pentadbiran
  • Menteri utama.
  • Ketua turus angkatan perang.
  • Ketua hakim.
  • Pemangku sultan

4. Peranan Penghulu Bendahari :

  • Pungut hasil atau ufti
  • Ketua segala bendahari.
  • Ketua urusetia istana.
  • Ketua segala syahbandar.

5. Peranan Temenggung :

  • Ketua polis dan penjara
  • Penguasa Bandar dan kota Melaka.
  • Protokol istana
  • Hakim di darat.

6. Peranan Laksamana :

  • Ketua angkatan laut
  • Pengawal peribadi sultan
  • Ketua duta
  • Mengetuai utusan

7. Pembesar Berempat dibantu oleh :

i. Pembesar Berlapan

ii. Pembesar Enam Belas

iii. Pembesar Tiga Puluh Dua

8. Sultan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir wilayah, sungai atau pulau.

9. Kawasan pentadbiran pembesar dikenali “Kawasan Pegangan”.

10. Kawasan Pegangan Bendahara di Muar dan Bentan.

11. Kawasan Pegangan Penghulu Bendahari di Sening Ujung dan Kampar.

12. Kawasan Pegangan Laksamana di Temasik.

13. Kawasan Pegangan Hulubalang di Sungai Raya dan Siantan.

14. Temenggung tiada Kawasan Pegangan

15. Sultan melantik pembesar jajahan dan daerah untuk memungut cukai.

16 Kawasan memungut cukai dikenali “Kawasan Pemakanan”.

17. Pembesar menghadap dan memberi ufti

(2) Pusat perdagangan

a) Kedudukan geografi

1. Di laluan Timur & Barat.

2. Kuasai Selat Melaka

3. Kapal dagang singgah dan tinggal serta dapatkan bekalan makanan dan minuman.

4. Muara Sg Melaka dalam – dapat berlabuh dengan mudah

5. Terlindung drp tiupan angin monsun Barat Daya kerana terdapatnya pulau Sumatera

6. Banjaran Titiwangsa halang tiupan angin monsun Timur Laut ke pelabuhan Melaka.

7. Pedagang Timur datang – ikut angin monsun Timur Laut.

8. Pedagang Barat datang – ikut angin monsun Barat Daya.

9. Ketika menunggu peralihan angin monsun, pedagang timur dan barat berjual beli

10. Pedagang Melaka menjadi orang tengah dalam urusan jual beli antara pedagang

11. Bentuk muka bumi Melaka berbukit-bukau menjadi panduan kepada pedagang yang belayar di Selat Melaka – awasi keselamatan Selat Melaka

b) Peranan Syahbandar

1. Pengurus pelabuhan.

2. melicinkan urusan perdagangan di Melaka.

3. uruskan pasar dan gudang.

4. Jaga keselamatan pedagang

5. Periksa alat timbang, sukat dan mata wang.

6. Hakim di pelabuhan.

7. Kuatkuasakan peraturan keluar masuk kapal.

8. Mengurus cukai.

9. 4 orang Syahbandar :

  • Syahbandar 1 urus pedagang dari Gujerat
  • Syahbandar 2 urus pedagang dari China, Champa dan Ryukyu.
  • Syahbandar 3 urus pedagang dari Kalingga, Pegu, Benggala dan Parsi.
  • Syahbandar 4 urus pedagang Jawa, Maluku, Banda, Kalimantan, Borneo, Pasai dan Filipina.
  • c) Peranan Laksamana dan orang laut

    1. jaga keselamatan perairan Selat Melaka.

    2. kawalan keselamatan oleh orang Laut.

    d) Undang-undang Laut Melaka

    1. Pastikan aktiviti perdagangan lancar

    2. 24 fasal

  • peraturan dan tatatertib berniaga
  • hukum jenayah yang berlaku di kapal,
  • larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak kapal.e) Kemudahan di pelabuhan1. gudang menyimpan barang2. tempat tinggal pedagang3. Syahbandar sediakan perahu, kapal jong, lancer, gajah dan pekerja4 Kemudahan membaiki kapal di pelabuhan

    5. Makanan dan minuman kepada pedagang.

    f) Sistem cukai & surat kebenaran berniaga

    1. cukai berpatutan dan adil

    2. Pedagang bayar “Panduan” (cukai rasmi) sebelum berjual beli.

    3. Kadarnya berbeza – ikut tempat asal pedagang.

    4. Sistem dinamakan sistem cukai berkeutamaan atau cukai mengikut tempat.

    5. Pedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai 6%.

    6. Pedagang tinggal tetap di Melaka -cukai 3%.

    7. Pedagang dari China dan Jepun tidak perlu membayar cukai – perlu bawa persembahan atau hadiah kepada sultan

    8. Perlu dapatkan surat kebenaran berniaga.

    9. Surat dianggap sebagai lesen

    g) Penggunaan sistem mata wang

    1. Matawang diperkenalkan di Melaka

    • Wang logam drp timah-dipanggil calains
    • mata wang emas tempatan

    2. Mata wang emas, perak dan timah dari Pedir, Pasai, Kembayat & Gujerat

    h) Pelabuhan entreport.

    1. Pelabuhan entreport - kumpul barangan dari Kepulauan Melayu & edar barangan dari Timur & Barat ke Kepulauan Melayu.

    i) Bahasa Melayu sebagai lingua franca

    1. Bahasa perantaraan

    2. Pedagang asing guna bahasa Melayu

    3. Pelbagai jenis bahasa di Melaka

    4. Menurut Tom Pires, di pelabuhan Melaka ada 84 bahasa yang berlainan

    5. Bahasa Melayu sebagai lingua franca kerana mudah difahami.

    (3) Kematangan hubungan luar

    Hubungan Melaka dengan Pasai

    1. Perkahwinan antara Sultan Melaka (Megat Iskandar Shah) dengan puteri Pasai.

    2. Pertukaran pendapat ttg hukum agama

    3. Melaka dan Pasai dianggap kerajaan setaraf.

    4. Apabila berutus surat – guna istilah salam.

    5. Melaka bantu Pasai menamatkan huru-hara

    6. Melaka memperoleh bekalan lada hitam, emas dan beras dari Pasai.

    Hubungan Melaka dengan Jawa

    1. bentuk perdagangan .

    2. Jawa membekalkan beras, bahan makanan dan rempah kepada Melaka.

    Hubungan Melaka dgn negeri naungan

    1. Siak & Kampar bekalkan emas kpd Melaka.

    2. Melaka menakluki Kampar dan Siak – kuasai hasil perdagangan

    3. Kampar dan Siak diberikan taraf naungan.

    4. Apabila berutus surat kedua-dua negeri perlu menggunakan istilah sembah.

    5. Ufti ke Melaka -bentuk wang atau barangan.

    6. Ketika Sultan Melaka melakukan lawatan ke luar negeri, raja negeri naungan perlu mengiringi baginda. Sultan Mansor Shah melawat Majapahit, baginda diiringi oleh raja-raja Pelembang, Jambi dan Lingga.

    Hubungan Melaka dengan China

    1. Bermula apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404.

    2. Hubungan perdagangan dan diplomatik.

    3. Dapat pengiktirafan dan perlindungan daripada negeri China.

    Hubungan Melaka dengan Siam;

    1. Bermula dengan hubungan diplomatik.

    2. Hantar Tun Telanai & Menteri Jana Putera ke Siam

    3. Siam membekalkan kayu jati, beras dan bahan makanan ke Melaka.

    Hubungan Melaka dgn Ryukyu (Jepun)

    1. Bentuk perdagangan dan diplomatik.

    2. Sultan Mansor Shah pernah mengirim surat kepada raja Ryukyu memberitahu tentang tingkahlaku pedagang Ryukyu yang melanggar undang-undang Melaka.

    3. Raja Ryukyu membalas surat tersebut.

    4. Raja Ryukyu menyanjung kedaulatan, peraturan dan undang-undang Melaka.

    Hubungan Melaka dengan Gujerat

    1. bentuk perdagangan

    2. Pedagang Gujerat bekalkan kain

    3. Rempah dari Kepulauan Melayu dibekalkan oleh Melaka.

    4. Pedagang Gujerat sebarkan agama Islam ke Melaka

    Hubungan Melaka dengan Tanah Arab

    1. bentuk perdagangan.

    2. Pedagang Arab membeli emas dan rempah dari Kepulauan Melayu melalui Melaka.

    3. Mereka membeli teh dan sutera dari China yang terdapat di Melaka.

    4. Pedagang China mengembangkan agama Islam di Melaka.

    (4) Pusat pengembangan agama Islam

    a) Kedatangan agama Islam

    1. Abad ke-9, Kedah menerima agama Islam. Bukti – penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris, Kedah.

    2. Abad ke-13, agama Islam di Terengganu. Bukti – batu bersurat di Kuala Berang

    3. Abad ke-15, agama Islam di Melaka apabila Megat Iskandar Shah memeluk agama Islam

    b) Cara kedatangan agama Islam ke Melaka

    1. Megat Iskandar Shah kahwini puteri raja Pasai yang telah memeluk agama Islam.

    2. Menurut Hikayat Raja-raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan ke Melaka melalui mubaligh Arab (Syeikh Abdul Aziz dari Makkah)

    3. Syeikh Abdul Aziz mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.

    4. Pedagang Islam dari Arab dan India berniaga dan berdakwah di Melaka

    5. Sifat agama Islam – toleransi, adil dan rasional

    c) Faktor-faktor Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajaran agama Islam

    1. Pertemuan ulama dari Arab dan Pasai.

    2. Ulama menjadi guru yang mengajar ilmu agama kepada sultan, pembesar dan rakyat

    3. Pendakwah tempatan keluar dari Melaka untuk menyebarkan Islam ke tempat lain.

    4. Pendakwah disediakan tempat tinggal

    5. Sultan Melaka menerima baik agama Islam – diikuti oleh pembesar dan rakyat jelata

    6. Sultan Mansor Shah hantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan hal agama.

    7. Sultan Muzaffar Shah wujudkan masjid, madrasah dan surau

    8. Tempat pusat pengajian ilmu tasawuf.

    9. Ahli tasawuf terkenal – Abdul Karim al-Jili – mengarang kitab Insan al-Kamil.

    10. Istana Melaka – tempat menterjemah, menyimpan kitab agama dan perpustakaan

    11. Kitab terjemahan – Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanapiah.

    12. Sultan Melaka menerapkan musyawarah dalam pentadbiran.

    d) Cara Melaka menyebarkan agama Islam

    1. Pedagang asing di Melaka memeluk agama Islam. Apabila pulang, sebarkan Islam di tempat asal mereka.

    2. Tentera upahan dari Jawa memeluk agama Islam & sebarkan Islam di tempat asal

    3. Menyebarkan Islam ke wilayah jajahannya.

    4. Raja negeri jajahan memeluk agama Islam

    1. jamin keselamatan
    2. tanda taat setia kepada sultan Melaka.

    5. Mubaligh, ulama & ahli sufi sebarkan Islam ke Jawa, Kalimantan dan selatan Filipina.

    6. Berdakwah secara berhemah

    7. Perkahwinan politik - Perkahwinan puteri Sultan Mansor Shah dgn putera Raja Siak – agama Islam ke Siak.

    8 Sultan Alauddin Riayat Shah hantar ahli agama mengajar ilmu agama kepada raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri.

    e) Kesan kedatangan agama Islam

    1. Institusi kesultanan gantikan sistem beraja.

    2. Konsep devaraja dimansuhkan.

    3. Raja bergelar sultan

    4. Sultan Muhammad Shah – raja Melaka pertama menggunakan gelaran sultan.

    5. Ulama menasihati sultan dalam hal pemeritahan agar memerintah dengan adil.

    6. Undang-undang fikah pengaruhi Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut

    7. Masjid &madrasah – pengajian agama Islam.

    8. Pengajian al-Quran – asas sistem pendidikan

    9. Bahasa Melayu – bahasa lingua franca.

    10. Tulisan jawi diperkenalkan

    11. Agama Islam pengaruhi budaya masyarakat

    12. Pengaruh pada bidang seni

    13. Tulisan khat dan ukiran corak bunga dan geometri serta ayat-ayat al-Quran dan hadis digunakan dalam ukiran dan penulisan.

    14. Amalan masyarakat dipengaruhi unsur Islam

    1. upacara khatam al-Quran
    2. majlis kesyukuran
    3. kenduri arwah.

    (5) Pusat kegiatan ilmu

    a) Istana – pusat kegiatan intelektual

    1. Tempat berkumpulnya cerdik pandai

    2. Tugas jurutulis

    1. mengarang surat rasmi raja
    2. menggubal perjanjian
    3. menjadi guru kepada anak-anak raja.

    3. Tugas pengarang

    1. mengarang sejarah
    2. menghasilkan pelbagai jenis kesusasteraan
    3. menyusun salasilah raja
    4. mencatat diari istana.

    4. Tugas ulama

    1. menulis kitab
    2. menterjemah kitab agama Islam.

    5. Golongan cerdik pandai kuasai bahasa asing

    6. Kegiatan menterjemah dan menyadur karya sastera Arab dan Parsi dilakukan di istana

    7. Contoh Karya sastera terjemahan

    1. Hikayat Amir Hamzah
    2. Hikayat Muhammad Ali Hanapiah
    3. Hikayat Iskandar Zulkarnain
    4. Hikayat Hang Tuah
    5. Hikayat Bayan Budiman






    • 36
      36
      36
      36
      36
      36
      36
      36
      36











    Wednesday, July 6, 2011

    KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5

    Melaka Sebagai Sebuah Pusat Perdagangan


    Keagungan kerajaan Melaka pada abad ke-15 dan awal abad ke-16 disebabkan oleh kegiatan perdagangannya. Kegiatan ini merupakan satu pendapatan bagi kerajaan Melaka. Mengikut Sejarah Melayu versi tahun 1612, edisi 1961 halam 81, 220 "Melaka digelar oleh orang Arab sebagai Malakat iaitu perhimpunan segala dagang". Perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi kerajaan sriwijaya yang terletak dipalembang. Kerajaan ini terkenal sebagai pusat perdagangan. Pemerntah Melaka iaitu Parameswara merupakan keturunan kerabat diraja Palembang.

    Parameswara berusaha menjadikan Melaka ebagai sebuah emporium melayu pada abad ke 15. Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan kerana terdapat faktor geografi iaitu kedudukan Selat Melaka iaitu dipersimpangan jalan laut dari India dan China ataupun timur dan barat. Di sini fungsi Melaka iaitu sebagai perlabuhan persiggahan bagi kapal-kapal yang berulang alik melalui selat Melaka. Perlabuhan Melaka terlindung dari angin dan jjauh dari paya bakau, pintu perlabuhannya cukup dalam untuk membolehkan kapal besar masuk berlabuh. Terdapat rangkaian hubungan dengan daerah pedalaman kerana sungai Melaka membuka jalan kepada jalan dagang seberang semenanjung iaitu mengikut kawasan pengangkutan iaitu Penarikan yang bersambung ke jalan sungai Muar-Pahang iaitu membawa ke kawasan yang kaya dengan emas di ulu pahang. Iklim juga berperanan dalam menentukan perdagangan di Melaka.

    Terdapat dua jenis angin yang bertiup iaitu angin monsun timur laut dan angin monsun barat daya dimana kedua-dua angin ini bertiup selama enam bulan dalam giliran tahunan. Oleh itu pedagang dari barat dan timur tidak pernah berjumpa akibat tiupan angin yang berlainan musim tadi. Malah lalulintas laut ditentukan oleh angin monsun. Oleh itu mereka menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan iaitu meletak barang dagangan digudang untuk diniagakan apabila pedagang lain tiba di Melaka pada monsun yang satu lagi. Sultan telah menyediakan semua kemudahan fizikal dan material di perlabuhan entrepot contohnya raja Iskandar Syah telah menyediakan kemudahan, dorongan ke arah menjadikan Melaka pusat perdagangan seperti bendajara, syahbandar, laksamana dan penghulu bendahari.



    KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5

    Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam

    1. Peranan Pedagang dari Sumatera
    -Pulau Sumatera telah menerima Islam pada abad ke -13
    -Mereka menyebarkan agama Islam semasa berdagang di Melaka

    2. Pegadang Islam
    -Pedagang Islam dari India dan Arab juga menyebarkan dakwah Islamiah di Melaka.
    -Apabila Sulan Melaka memeluk Islam, ramai rakyat yang turut memeluk Islam
    -Pegagang Islam yang berkahwin dengan penduduk tempatan juga mempengaruhi
    perkembangan agama Islam di Melaka.

    3. Peranan Ulama
    -Pedagang yang datang berdagang juga turut membawa ulama-ulama ke Melaka.
    -Ulama-ulama ini seterusnya menjadi guru agama di Melaka.

    Sunday, June 19, 2011

    KATA-KATA PM SEMPENA HARI BAPA

    Sempena Hari Bapa saya renungkan transformasi peranan bapa dalam keluarga. Semakin ramai kaum bapa mengimbangi tanggungjawab profesional & peribadi mereka sebagai pembimbing anak. Saya sendiri cuba melakukan yang terbaik sebagai seorang bapa. Kepada kaum bapa, bimbinglah anak-anak kita, dan bekalkan mereka dgn keupayaan utk menjadi ibubapa dan rakyat Malaysia yang terbaik. Salam 1Malaysia!

    Sunday, April 10, 2011

    Hutan hujan Tropika
    Hutan Paya Bakau
    Hutan Pantai

    KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5

    Hutan Gunung

    KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5

    Faktor-faktor yang mempengaruhi cuaca dan iklim
    1. a. Kedudukan
    -kedudukan hemisfera mempengaruhi iklum sesuatu kawasan.
    -suhu akan menjadi lebih rendah apabila garisan lintang semakin tinggi.

    b. Pinggir laut dan kebenuaan
    -kawasan pinggir laut mengalami suhu yang lebih sederhana kerana pengaruh air laut.

    2. Penerimaan tenaga suria
    -kawasan kecil yang menerima pancaran cahaya matahari akan mengalami suhu yang lebih
    tinggi.

    3. Arus kelautan
    -arus lautan panas dapat menyederhanakan suhu di kawasan sejuk, manakala arus lautan
    sejuk pula akan dapat merendahkan lagi suu di kawasan sejuk yang dilaluinya.

    4. Arus tiupan angin monsun
    -angin monsun yang bertiup dari lautan ke daratan merupakan angin lembab.
    -angin monsun yang bertiup dari daratan kurang mengandungi wap air, justeru kawasan
    yang dilaluinya menerima jumlah hujan yang sedikit.

    Monday, March 28, 2011

    RUANG-RUANG RUMAH


    7. Bilik Bacaan

    RUANG-RUANG RUMAH


    6. Ruang Dapur

    RUANG-RUANG RUMAH


    5. Ruang Makan

    RUANG-RUANG RUMAH


    4. Ruang Tamu

    RUANG-RUANG RUMAH


    3. Bilik Tidur Anak Lelaki

    RUANG-RUANG RUMAH


    2. Bilik Tidur Anak Perempuan

    RUANG-RUANG RUMAH


    1. Bilik Tidur Utama

    KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

    KEPENTINGAN RUMAH

    A. Fungsi Rumah

    1. Memberi perlindungan
    -melindungi daripada hujan dan panas
    -melindungi barang-barang keperluan dan harta benda
    -melindungi daripada ancaman berbahaya

    2. Menyediakan keselesaan
    -ruang-ruang yang terdapat dalam rumah dapat memberi keselesaan
    -berinteraksi dan beristirahat bersama keluarga


    3. Mewujudkan kemesraan keluarga
    -makan dan berbincang bersama keluarga
    -mengadakan majlis dan menyambut hari perayaan

    Friday, March 18, 2011

    KAJIAN TEMPATAN TAHUN EMPAT




    RUMAH DI NEGARA LAIN

    Tupik

    KAJIAN TEMPATAN TAHUN EMPAT


    RUMAH DI NEGARA LAIN

    Rumah Sebuah

    KAJIAN TEMPATAN TAHUN EMPAT


    RUMAH DI NEGARA LAIN

    Rumah berbumbung "V" terbalik

    KAJIAN TEMPATAN TAHUN EMPAT


    RUMAH DI NEGARA LAIN

    Rumah berbumbung rata

    KAJIAN TEMPATAN TAHUN EMPAT



    RUMAH DI NEGARA LAIN

    1. Iglu

    KAJIAN TEMPATAN TAHUN LIMA

    ZON IKLIM DUNIA


    1. Zon Panas
    • Suhunya berada di antara 32-40 darjah celcius.
    • Hujan tahunan kurang daripada 250 mm.
    • Contoh kawasan : Gurun Sahara, Gurun Arab dan Gurun Atacama.


    2. Zon Sederhana Panas
    • Berkeadaan panas dan kering ketika musim panas.
    • Suhu antara 21-24 darjah celcius.
    • musim sejuknya adalah sederhana sejuk dan lembap iaitu sekitar 10 darjah celcius.
    • Hujan tahunan 600-800 mm.
    • Contoh kawasan : Pantai Mediterranean dan Carlifornia Tengah.


    3. Zon Sederhana Sejuk
    • Musim panasnya sederhana sejuk iaitu sekitar 18-21 darjah celcius.
    • Musim sejuknya panjang iaitu -17 darjah celcius.
    • Hujan turun dalam bentuk salji.
    • kawasan ini mengalami kejadian empat musim (Musim Panas, Musim Luruh, Musim Sejuk dan Musim Bunga)
    • Contoh Kawasan : Canada dan Utara China.


    4. Zon Sejuk
    • Sejuk sepanjang tahun.
    • Suhu musim panasnya 10 darjah celcius iaitu selama 3 bulan sahaja.
    • Musim sejuknya panjang dan suhunya -45 darjah celcius.
    • Hujan turun dalam bentuk salji.
    • Contoh kawasan : Greenland, Iceland dan Antartika.

    Monday, February 21, 2011

    KAJIAN TEMPATAN TAHUN EMPAT

    RUMAH MODEN

    Rumah moden ialah rumah yang mempunyai reka bentuk yang baharu dan mengikut perkembangan semasa.Kebanyakan rumah moden dibina menggunakan bahan-bahan seperti atap genting, batu ,kaca, besi, seramik, jubin dan kayu.


    1. Kondominium
    2. Rumah Pangsa
    3. Rumah Teres
    4. Rumah Banglo

    Kondominium

    Kondominium merupakan rumah mewah yang mahal harganya. Kondominium dilengkapi dengan fasiliti :seperti tempat letak kereta berbumbung, taman permainan, dan kolam renang, Kebanyak kondominium di Malaysia dibina di kawasan bandar-bandar besar. Lokasi kondominium menarik minat golongan yang berpendapatan tinggi kerana persekitaran dan suasana yang aman, mempunyai perkhidmatan kawalan keselamatan 24 jam dan “kesibukan rendah”. Kondominium lengkap dengan kabinet dapur, almari baju, penghawa dingin dan pelbagai fasiliti lengkap.

    Rumah Pangsa

    Rumah pangsa adalah rumah yang bertingkat-tingkat. Rumah pangsa selalunya didiami oleh masyarakat yang berpendapatan sederhana dan rendah. Rumah pangsa kebanyakaannya dibina dipinggir bandar.atau di bandar-bandar besar. Rumah pangsa dibina bagi menampung bilangan penduduk yang semakin ramai di negara kita.

    Rumah Teres

    Rumah teres terdiri daripada rumah teres setingkat dan rumah teres dua tingkat. Gaya seni bina rumah teres ialah bersusun berbaris-baris. Reka bentuk rumah teres berasal berasal dari Eropah pada lewat abad ke-17, di mana sebarisan rumah yang serupa atau berimej-cermin mengongsi dinding tepi. Rumah-rumah yang pertama dan berakhir digelar penghujung teres dan sering lebih luas kawasan daripada rumah-rumah yang di tengah-tengah.Di negara kita, rumah teres amat digemari oleh penduduk sama ada di kawasan bandar-bandar kecil, atau di bandar-bandar besar.


    Rumah Banglo

    Rumah banglo merupakan rumah yang besar dan luas. Rumah itu juga dikenali sebagai sebuah rumah tunggal dalam satu kawasan tanah. Jadi, tentulah harganya mahal juga, sesuai dengan keunikannya serta keluasan tanah tempat sesebuah banglo didirikan.Di negara kita, terdapat pelbagai jenis rumah banglo. Tetapi kebanyakannya berbeza dari segi bilangan aras atau tingkat. Contohnya, yang biasa kita lihat adalah rumah banglo satu tingkat. Selain itu, rumah banglo dua tingkat juga biasa kita lihat.
    Cuma, rumah banglo tiga tingkat agak jarang dibuat oleh orang kecuali mereka yang mampu dan mempunyai pendapatan yang tinggi. Rumah banglo satu tingkat amat sesuai kerana kita tidak perlu hendak naik ke tingkat yang lebih atas.
    Di negara kita golongan yang berpendapatan tinggi amat gemar mendiami di rumah banglo. Di samping ruang rumah yang selesa dan luas sering kali rumah banglo ini juga mempunyai halaman yang luas.





    a.