Monday, October 3, 2011

Pakaian Tradisional Melayu

BAJU KURUNG
  • Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu hanya memakai kain kemban sahaja.
  • Tetapi, setelah kedatangan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan.
  • Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Ianya meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja,dilihat sebagai mematuhi peraturan berpakaian Islam.
  • Baju kurung boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Kebiasaannya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala.
  • Baju kurung sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian.
  • Terdapat beberapa jenis baju kurung yang terdapat di Malaysia:

BAJU KURUNG CEKAK MUSANG

sumber dari sini


BAJU KURUNG PAHANG

sumber dari sini

BAJU KURUNG KEDAH

sumber dari sini





BAJU MELAYU
  • Pakaian tradisional bagi kaum lelaki ialah baju Melayu.
  • Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang.
  • Pakaian ini selalunya dipadankan dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang dan songkok.
  • Baju Melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.
  • Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut.
  • Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di kawasan selatan Malaysia. Potongan Teluk Belanga potongan lehernya dijahit secara sulaman.
  • Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan Cekak Musang iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya adalah bertindan.
  • Cara memakai baju juga Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju.
  • Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah baju di dalam sampin.

Pakaian Tradisional Kaum Iban

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN

Pakaian tradisional lelaki Iban
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.


Pakaian tradisonal wanita Iban
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.