Saturday, January 22, 2011

Bidang Seni Kraf - Tembaga

Tembaga

Pengenalan

Di Semenanjung Malaysia penggunaan bahan logam dalam keperluan hidup manusia telah bermula sejak zaman purba lagi. Kepandaian menggunakan bahan logam di zaman purba adalah sesuatu yang sangat menarik kerana logam adalah bahan yang tidak boleh dipecah-pecahkan untuk menghasilkan sesuatu alat seperti alat-alat yang diperbuat daripada batu. Penggunaan alat-alat daripada logam yang berukir berterusan hingga kini. Orang-orang Melayu juga banyak sekali menghasilkan beraneka jenis alat yang diperbuat daripada logam. Seni ukiran pada alat-alat logam yang dihasilkan oleh tukang-tukang Melayu dapat kita lihat pada senjata-senjata tradisional, peralatan rumah, perhiasan diri serta barangan-barangan lain. Maklumat berkaitan seni ukiran logam daripada perak dan tembaga akan dipaparkan menerusi bidang ini.

Ukiran Tembaga

http://malaysiana.pnm.my/04/Seni%20Halus/Ukiran%20Logam/ukiranlogam1.jpg

Ukiran tembaga

Logam tembaga ditemui manusia kira-kira 8000 tahun sebelum Masehi. Sekitar 4500 kemudian, manusia menemui teknik untuk mencampurkan tembaga dengan timah. Campurai atau aloi dua logam itu dikenali sebagai gangsa. Di Greece, Zaman Gangsa bermula sebelum 3000 SM dan di China, sekitar 1800 SM. Kemahiran kerja logam dipercayai diketahui di Asia Tenggara sejak lama sebelum era Masihi lagi. Ekskavasi arkeologi di Phumi Mlu Prey, Kemboja telah menemui kesan-kesan kerja pengacuan gangsa dan besi yang diusahakan sebelum abad pertama Masihi. Artifak gangsa juga telah diperolehi daripada ekskavasi yang dijalankan di tapak tamadun Dong Son, Vietnam yang wujud antara abad kelima dan abad pertama SM. Di Malaysia, artifak gangsa yang tertua ialah genta (loceng) yang ditemui di daerah Klang yang banyak mempunyai persamaan ciri dengan genta gangsa Dong Son. Artifak tembaga yang tertua pula ialah gong yang ditemui di Terengganu. Perusahaan tembaga di negara ini kebanyakannya berpusat di pantai timur Semenanjung iaitu di Kelantan dan Terengganu. Tukang-tukang tembaga yang mahir dikenali sebagai 'pandai tembaga'.

Proses Pembuatan

Di samping warnanya yang lebih menarik, tembaga cair pada suhu yang lebih rendah berbanding besi, iaitu kira-kira 1000 darjah celcius. Ini menjadikan tembaga lebih mudah dibentuk. Kraftangan tembaga di Malaysia dihasilkan melalui dua kaedah utama iaitu acuan penghapusan lilin dan goresan timbul.

Acuan Penghapusan Lilin. Teknik ini boleh dibahagikan kepada empat langkah;

Pembentukan - proses membentuk kayu untuk dijadikan asas acuan dan merangka bentuk dan corak barang yang akan dihasilkan.

Membuat Acuan - Proses membuat kelonsong atau teras bentuk barang yang diingini. Acuan dicelup ke dalam lilin berulang kali mengikut ketebalan yang dikehendaki. Kemudian lilin dilarik supaya seimbang dan sama rata, sesuai dengan bentuk luar barang itu. Lilin yang telah siap dilarik, ditampalkan dengan tiga lapisan tanah liat halus.

Lebur/Menuang - Proses mencairkan campuran logam dan memasukkannya ke dalam acuan. Tembaga dileburkan di dalam bekas khusus menggunakan api dapur yang dipanggil relau. Api relau juga digunakan untuk mencairkan lilin di dalam tanah liat halus. Lilin cair itu dituang keluar, meninggalkan rongga yang membentuk acuan. Dalam satu variasi teknik ini, lilin acuan dibalut dengan campuran tanah liat, pasir dan sekam padi. Apabila acuan dibakar , lilin mencair dan menyerap ke dalam campuran pembalut itu. Cairan tembaga lebur dituangkan ke dalam acuan itu dan ditinggalkan hingga sejuk dan membeku. Kemudian, tanah liat yang dijadikan acuan itu dipecahkan untuk mendapatkan barangan tembaga yang masih kasar permukaannya.

Mencuci/menggilap - Proses ini melibatkan kerja-kerja pengemasan yang merangkumi mencuci, memateri,mengikis dan menggilap. Tompok-tompk hitam dan logam yang berlebihan pada barang yang dikeluarkan dari acuan, dikikis hingga bersih. Ciri-ciri yang tidak dapat dibentuk di dalam acuan, dipaterikan. Kemudian barang itu digosok dengan kertas pasir dan digilap dengan sejenis kimia yang memberikan kemasan halus dan berseri.

Bidang Seni Kraf - Seramik

Seramik

Pengenalan

Peribahasa Melayu ada mengatakan : Ditetak belah, dipalu belah tembikar juga akan jadinya yang membawa erti walau bagaimanapun diseksa atau disakiti, kesudahannya jadi mayat juga.

Melalui peribahasa Melayu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa tembikar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan orang Melayu pada masa dahulu.

Di negara kita, kegunaan tembikar telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan serpihan-serpihan tembikar di Bukit Tanjung Lembu, Perlis, di Gua Cha, Kelantan dan Ulu Tembeling, Pahang.

Sejarah

Tembikar merupakan salah satu daripada hasil kraftangan Melayu tradisi. Ia diperbuat daripada tanah liat dan antara barang-barang yang diperbuat dari tembikar ialah zawan, mangkuk, pinggan, pasu dan sebagainya. Terdapat empat kawasan utama sebagai pusat kegiatan pengeluaran barangan ialah di Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan, di Sayong, Kuala Kangsar, Perak, di Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang dan beberapa tempat di Sarawak.

Salah satu barangan tembikar yang begitu popular di Malaysia ialah labu sayong. Cara menghasilkan tembikar juga dipanggil seramik di empat kawasan tersebut tidak banyak berbeza cuma jenis barangan yang dihasilkan dan rekacorak hiasan atau pengemasannya. Perbezaan ini wujud kerana pengaruh adat dan cara hidup mesyarakat tempat, serta daya cipta pengusahanya. Hal ini juga memberi gambaran bahawa barangan tembikar tradisional mengutamakan ciri fungsional dari ciri perhiasan. Labu ialah sejenis buyong, takar atau kendi tembikar yang bentuk asasnya menyerupai buah labu. Sayong pula nama merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Kangsar.

Proses Pembuatan

Terdapat beberapa proses untuk membuat labu sayong:

Tanah liat yang lazimnya diperolehi daripada sungai atau di bawah perdu pokok dkumpulkan dan ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki supaya hancur dan halus.

Setelah itu ia ditapis untuk membuang pasir dan ketul-ketul batu. Tanah liat itu kemudiannya dicampurkan dengan air dan diuli supaya padat dan bebas daripada gelembung udara. Tanah tersebut seterusnya digiling sehingga berbentuk bulat dan memanjang.

Untuk membentuk labu, proses awal yang perlu dilakukan ialah membentuk badan labu dengan melingkarkan tanah liat di atas pinggan. Setelah itu lingkaran tanah liat tersebut dipicit sambil dipusingkan dan dinaikkan sehingga berbentuk silinder. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya licin dan kayu penepek digunakan untuk memampatkannya. Untuk membuat tapak labu, tanah liat dileperkan untuk dicantumkan di bahagian tapak labu dengan teknik lilit. Manakala untuk membuat leher labu, labu yang sudah siap tapaknya diterbalikkan di atas pinggan. Ukuran tanah liat dibahagikan dan dipicit sambil menaikkannnya untuk dijadikan leher dan seterusnya membentuk muncung labu.

Setelah siap bentuk labu tadi, sudip buluh dan batu sungai digunakan untuk menggilap permukaan labu. Labu dibiarkan kering selama dua atau tiga jam. Motif ukiran labu dihasilkan dengan menekan hujung kayu yang berukir pada permukaan labu yang masih lembut. Setelah labu tersebut diukir, ianya disalai dengan asap terlebih dahulu sebelum dibakar. Labu tersebut disalai di atas bara buluh dan pelepah kelapa. Kedua-dua jenis bahan tersebut digunakan kerana apinya tidak cepat merebak dan tidak cepat memakan bahan. Labu ti dak pula diletakkan terlalu rendah dan bahang api tidak terlalu panas. Keadaan demikian mengelakkan labu daripada retak atau meletup kerana kandungan air masih ada.

Proses pembakaran mengambil masa selama 6 jam. Untuk menghitamkan labu, labu yang masih panas ditimbus dengan sekam padi selama lebih kurang 10 minit. Kemudian tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air dari meresap keluar. Kemudian tersedialah labu yang sudah dibentuk. Labu yang dihasilkan adalah bewarna hitam dan kemerah-merahan. Warna ini terjadi bukanlah disebabkan oleh cat atau pewarna yang lain tetapi disebabkan oleh proses pembakaran dan juga sekam padi yang ditimbus ke atas labu yang telah menjalani proses pembakaran.

Motif dan Hiasan

Motif yang digunakan untuk menghias labu sayong ialah hiasan daripada tumbuh-tumbuhan dan juga motif geomatrik seperti:-

http://malaysiana.pnm.my/images/bullet01.gifBunga cengkih
http://malaysiana.pnm.my/images/bullet01.gifBunga kedudut
http://malaysiana.pnm.my/images/bullet01.gifBunga tanjung
http://malaysiana.pnm.my/images/bullet01.gifBunga padi

http://malaysiana.pnm.my/images/bullet01.gifBunga pecah empat
http://malaysiana.pnm.my/images/bullet01.gifBunga pecah lapan
http://malaysiana.pnm.my/images/bullet01.gifBunga lawang
http://malaysiana.pnm.my/images/bullet01.gifPucuk rebung

Hiasan umum yang terdapat pada labu ialah hiasan panai dan gelugur. Hiasan panai iaitu jaluran timbul yang disusn secara menyerong atau tegak. Hiasan gelugur pula ialah jaluran cekung di permukaan yang menimbulkan kesan cembung. Hiasan jaluran cekung ini juga dikenali sebagai bekas taliair. Dua garis timbul atau turis yang melingkar di bahagian badan labu disebut gelang puyoh.

Sunday, January 2, 2011

VISI dan MISI SK METHODIST

Sk. Methodist,

Parit Buntar.

VISI KAMI

Sekolah Kebangsaan Methodist Menjadi Peneraju Kecemerlangan 2014

MISI KAMI

Memberi Pendidikan Terbaik Kepada Semua Murid Untuk Melahirkan Modal Insan Berkualiti Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejanteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Saturday, January 1, 2011

NKRA

NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia

Di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:


1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.


Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :

1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)

2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.

3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).

4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).

5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.

6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)