Monday, February 21, 2011

KAJIAN TEMPATAN TAHUN EMPAT

RUMAH DI MALAYSIA

Pendahuluan

Rumah amat penting pada masyarakat zaman kini. Tanpa rumah kita tidak dapat hidup dengan aman dan selesa. Rumah melindungi kita daripada panas dan hujan.Rumah juga dapat melindungi barang keperluan dan harta kita. Selain itu, rumah dapat melindungi kita daripada ancaman yang berbahaya. Jadi kita mestilah menjaga rumah kita dengan baik.

Rumah Tradisional

1. Rumah Melayu Melaka

2.Rumah perabung lima

3.
Rumah limas

4.
Rumah Minangkabau

5. Rumah panjang

6. Rumah bumbung panjang

7. Rumah bagan

1. Rumah Tradisional


Rumah Melayu Melaka

Reka bentuk rumah ini terdapat banyak di Melaka . Struktur binaan rumah Melayu Melaka sememangnya terkenal dengan penggunaan material dari kayu untuk bahagian tiang, dinding, pintu, tingkap dan beberapa bahagian lagi, manakala penggunaan bahan dari konkrit di bahagian tangga, batu alas dan sesetengahnya pula di bahagian lantai dan bahagian bumbungnya pula dari bahan daun rembia yang dikeringkan, zink, adex dan juga gentian genting. Rumah Melaka juga di kenali sebagai Rumah Serambi kerana struktur pada bahagian bumbung/perabungnya yang panjang dan tangganya yang diperbuat daripada bantuan konkrit serta diserikan lagi dengan hiasan jubin (tiles) pada permukaan dan sisi tangga. Batu alasyang berfungsi sebagai kaki rumah berbentuk empat segi nyata memberi perlindungan kepada struktur kayu daripada rosak daripada serangan cuaca dan serangga perosak.









Sunday, February 20, 2011

KAJIAN TEMPATAN TAHUN LIMA

B. CUACA DAN IKLIM

Ciri Iklim di Malaysia
-Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa - panas dan hujan sepanjang tahun.
-Purata suhu tahunan ialah 27 darjah celcius
-Jumlah hujan sebanyak 2600 mm setahun
-Menerima tiupan angin Monsun Barat Daya - Mei hingga September dan angin Monsun Timur
Laut - Nov. hingga Mac

Faktor yang mempengaruhi cuaca dan iklim
-Kedudukan Malaysia di antara garisan lintang 1 darjah Utara hingga 7 darjah Utara
-Angin dan hujan - taburan hujan tidak sekata
-Ketinggian dari aras laut - semakin tinggi kawasan suhunya semakin rendah kerana kurang
menadapat haba pembalikan dari bumi - cth. Tanah Tinggi Cameron suhunya 18 darjah celcius
-Kepulauan - pulau-pupau yang dikelilingi oleh laut suhunya lebih rendah kerana
disederhanakan oleh air.

KAJIAN TEMPATAN TAHUN LIMA

TEMA : GEOGRAFI FIZIKAL
A. BENTUK MUKA BUMI

1. Tanah Tiinggu dan Kepentingannya.
-menjana kuasa hidroelektrik - cth. Empangan Batang Ai di Sarawak
-Pelancongan - cth. Tanah Tinggi Cameron
-Pertanian tanah tinggi - cth. Sayur-sayuran dan bunga-bunga di Tanah Tinggi Cameron dan
Kundasang.

2. Tanah Pamah dan Kepentingannya.
-Kawasan pertanian - cth. tanaman padi. kelapa sawit, getah, nanas dan tebu
-Kawasan Perindustrian - cth. Pasir Gudang, Shah Alam, Perai.
Jaringan Pengangkutan - lebuh Raya, jalan keretapi, lapangan terbang dan landasan
komuter

3. Saliran dan Kepentingannya
-Kawasan penanaman padi mendapat bekalan air yang diempang dari sungai -cth. Sungai
Muda.
-Sungai dan tasik dijadikan kawasan penternakan ikan-cth. Tasik Timah Tasoh, Perlis.
-Air sungai diempangdan dibersihkan untuk kegunaan penduduk setempat - cth. Sungai
Kelang.
-Jalan Perhubungan - Sungai Rajang dan sungai Kinabatangan merupakan jalan perhubungan
dan pengangkutan di Sarawak dan Sabah.

4. Kepentingan Pinggir Laut dan Kepulauan
-Pelancongan - cth. Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Pulau Tioman, Pantai Batu Feringghi.
-Pelabuhan - cth. Pelabuhan Klang, Pelabuhan Lumut
-Perikanan - pinggir laut yang panjang sesuai untuk penangkapan ikan - cth. pinggir laut Selat
Melaka dan Laut China Selatan

Monday, February 14, 2011

PERUTUSAN PERDANA MENTERI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

PERUTUSAN Y.A.B. PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH
PADA 12 RABIULAWAL 1432H BERSAMAAN 15 FEBRUARI 2011

Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, 1Ummah; Saudara dan saudari sekalian,

  1. Saya sangat bersyukur, dengan izin dan inayah Allah SWT, kita masih lagi dapat meneruskan tradisi murni masyarakat kita, iaitu mengadakan sambutan Maulidur Rasul SAW setiap menjelang Rabiulawal saban tahun. Kelahiran baginda Rasulullah SAW merupakan satu detik istimewa yang amat bermakna buat umat Islam. Maka pada tanggal 12 Rabiulawal 1432 Hijriah ini, bersamaan dengan 15 Februari 2011 Masehi, sekali lagi kita meraikan sambutan yang penuh barakah ini.
  2. Sesungguhnya, keistimewaan sambutan Maulidur Rasul ini amat berkait rapat dengan keunggulan dan kemuliaan baginda Rasulullah SAW. Menerusi al-Quran, Allah SWT sendiri merakamkan bahawa diri Rasulullah SAW itu adalah ‘cahaya’;. Inilah cahaya yang telah menerangi Kebenaran. Melalui ‘cahaya’ baginda SAW ini, Allah telah zahirkan agama Islam sebagai petunjuk buat kebahagian manusia sejagat. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Maidah ayat ke-15, yang maksudnya:
  3. “Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.”

  4. Begitulah, apa yang dinyatakan oleh ayat al-Quran ini telah dibuktikan dan disaksikan oleh sejarah. Sirah gemilang Rasulullah SAW tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun. Sepanjang sejarah ketamadunan manusia, tidak ada insan sehebat dan sebegitu istimewa seperti Rasulullah SAW. Jika kekaguman ini diungkap dan diluahkan oleh tokoh-tokoh daripada kalangan umat Islam, ini sudah tentu tidaklah begitu menghairankan. Namun apa yang terjadi, seluruh para sejarahwan yang ikhlas, mengakui dan menakjubi fakta emas ini.
  5. Bertepatan dengan tema Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu ’1Malaysia, 1Ummah’; sudah tentulah Rasulullah SAW sebagai ikon terbaik semua umat manusia, maka sirah Rasulullah SAW telah membuktikan bahawa baginda amat mengutamakan perpaduan antara umat yang berbilang kaum dan agama di Madinah. Iktibar ini dilaksanakan di negara kita melalui penghayatan ’1Malaysia, 1Ummah’.
  6. Justeru, kekuatan berpaksikan perpaduan inilah yang menjadi rencah utama membawa transformasi murni kepada umat Islam di negara ini. Mesej ini perlu dihayati dan disebarkan kepada seluruh dunia Islam. Dalam era globalisasi ini, apa sahaja krisis yang berlaku di negara lain, akan dirasai impaknya oleh negara kita. Lihat sahaja, apa yang terjadi di Mesir, telah turut memberi kesan langsung kepada 11,000 orang pelajar dan rakyat kita di sana. Bagi memastikan aset muda dan bakal pewaris negara ini selamat, kerajaan telah menjalankan misi menyelamat dengan pantas dan berkesan.
  7. Meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan, namun usaha membawa rakyat Malaysia keluar daripada Mesir tetap diteruskan. Tetapi malangnya, terdapat segelintir pihak yang cuba mempolitikkan misi yang murni ini. Namun ianya tidak menjadi halangan untuk kita meneruskan misi tersebut kerana yang pentingnya ialah memastikan keselamatan warga Malaysia di sana. Misi nasional ini turut mendapat dukungan pihak swasta, rakyat dan pihak negara Mesir serta Arab Saudi dengan satu semangat kerjasama yang amat tinggi. Inilah ajaran Islam yang sinarannya bersumber daripada cahaya yang diutus oleh Allah SWT, iaitu baginda Rasulullah SAW.
  8. Marilah kita jadikan sambutan yang penuh keberkatan ini sebagai pemangkin untuk kita terus melonjakkan transformasi negara secara holistik dalam semua bidang bagi melahirkan kekuatan 1Ummah yang progresif. Sebagaimana Rasulullah SAW merupakan insan yang hebat, maka kita juga perlu menjadi umat yang hebat. Saya mendoakan, agar sambutan Maulid Rasulullah SAW kali ini, benar-benar menggerakkan kita untuk berjuang mencapai hasanah di dunia dan di akhirat, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Insya Allah.

Sekian. Wabillahit Taufik wal Hidayah. Wassalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Sunday, February 13, 2011

SAJAK-SAJAK PILIHAN

Pandan Laut

berjalan di pasir

menghidu laut pagi

kuterjuni hati ke samudra, dalam

pikir mengingat cinta

tanpa apa-apa kecuali rindu baumu.

kau masih begitu, waktu aku meraih

dan mendekati, tinggi akarmu, tetap

berduri daunmu

atau bersaudarakah kau dengan rumpun di parang tritis

yang pernah kulukis?

bisik ini

bukan lagu sepoi laut

tidak juga jerit daun-daun ru yang sopan

kecuali pendedahan sukma

dengan desakan dan kata-kata manusia

luar diriku

bertanya dan inginkan jawapan

tiba-tiba.

aku sendiri di sini

berendam

menyelam dan menyerah

bebas di air asin

melepas kisah yang payah.

sebentar lagi aku akan pulang

daunmu terus menggapai dan bercambah, hijau

kuning dan layu,

atau kupakaikan saja topi yang dianyam dari relamu,

masih kupanjat karang

luka berkali tanpa mengenali bosan

begitu

menakluk cinta.


Siti Zainon Ismail






Sekiranya

sekiranya batu ini retak

sungai akan longlai

nafas tanah tersesak

manusia dilemaskan keringnya.

sekiranya pohon rebah

buluh dicerah

langit dicat merah,

manusia akan parah-panas.

sekiranya cacing terlantar kering

gagak rebah di tepi sampah

bangkai berulat

manusia melarat.

sekiranya bumi panas

rumput kering

tebing retak

manusia dikuburkan rakusnya.


Muhammad Haji Salleh



TEMA : EKONOMI NEGARA

UNIT 1 SUMBER SEMULA JADI DAN KEGUNAANNYA

A. JENIS SUMBER
1. Sumber Mineral
- Bijih timah
- Petroleum
- Gas Asli
- Arang Batu
- Emas

2. Sumber Hutan
- Pokok bakau
- Pokok buluh
- Pokok meranti
- Pokok rotan
- Pokok Tongkat Ali

3. Sumber Laut
- Ikan
- Ketam
- Ketam
- Siput
- Tapak sulaiman
- Sotong
- Tiram
- Rumpai Laut

B. HASIL DAN KEGUNAAN SUMBER

A. Hasil Mineral
Petroleum

1. Minyak Petrol - bahan bakar kenderaan seperti kereta dan motosikal
2. Minyak diesel - bahan bakar kenderaan seperti bas dan lori
3. Kerosin - bahan bakar untuk menggerakkan kapal terbang
4. Nafta - bahan asas untuk membuat plastik
5. Bitumen - bahan bakar untuk menurap jalan raya dan pelincir untuk enjin kenderaan

Bijih Timah

1. Piuter
2. Tin makanan
3. Plak cenderamata

Emas

1. Barang-barang kemas seperti rantai, gelang dan cincin

B. HASIL hUTAN

Kayu Balak

1. Rumah
2. Perabot-perabot rumah seperti kerusi, meja.

Rotan

1. Perabot-perabot rumah

Tumbuh-tumbuhan herba

1. Ubat-ubatan herba seperti ubat tongkat ali, mas cotek, misai kucing, kacip fatimah.

C. HASIL LAUT

1. Ikan - sumber makanan, ditinkan, dikeringkan.
2. Udang - cencaluk
3. Gamat - ubat-ubatan
4. Tiram - barang perhiasan


PENGGUNAAN SUMBER SECARA OPTIMUM

Penggunaan secara optimum dapat menggelakkan pembaziran.
Cara-cara untuk mengelakkan pembaziran:
1. Tutup suis elektrik jika tidak menggunakannya
2. Pokok yang hendak ditebang perlu dipilih terlebih dahulu
3. Penggunaan tuba untuk menngkap ikan perlu dielakkan kerana boleh memusnahkan hidupan
dalam air.

SUMBER ALTERNATIF

1. Tenaga yang diperolehi daripada cahaya matahari juga dapat menghasilkan tenaga elektrik.
fotovoltaik dapat memerangkap cahaya matahari bagi menghasilkan tenaga elektrik.
2. Bahan sisa pertanian seperti kelapa sawit, sekam padi, dan tebu boleh diproses bagi meng
hasilkan tenaga elektrik biomas. Tenaga ini dapat digunakan di rumah atau keperluan
industri.

Bidang Seni Kraf - Latihan Pengayaan


1. Perusahaan batik banyak terdapat di negeri:

a. _______________________ b. _______________________

2. Kain songket terhasil daripada ___________________________________________________________

___________________________________________________________

3. Seseorang yang mempunyai kemahiran ______________________ boleh menghasilkan kain songket yang cantik dan berkualiti.

4. Terdapat berbagai jenis seni anyaman yang berasaskan tumbuh-tumbuhan iaitu:

a. _______________________________ c. _____________________________

b. _____________________________

5. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran kayu Melayu ialah:

a. ___________________________________________________

b. ___________________________________________________

c. ___________________________________________________

6. Di antara motif bunga-bungaan jenis-jenis bunga yang selalu dijadikan motif dalam

rekacorak pertukangan perak ialah:

a. ___________________________________

b. _________________________________

7. Kraftangan tembaga di Malaysia dihasilkan melalui dua kaedah utama iaitu:

a. __________________________________________________

b. __________________________________________________

8. Di Perak perusahaan membuat seramik atau tembikar terkenal di __________________ .