Friday, May 15, 2009

Ucapan PM Sempena Sambutan Hari Guru 2009

Guru Pembina Negara Bangsa

Awal bulan lalu satu artikel di dalam akhbar telah mengenengahkan Encik Vincent Fernandez, salah seorang bekas guru saya. Di dalam artikel tersebut, beliau telah memberikan satu laporan yang boleh saya sifatkan sebagai kad laporan kecemerlangan waktu persekolahan saya sebagai seorang murid sekolah menengah di Saint John Institution, Kuala Lumpur. Saya sangat berbesar hati kerana beliau mengingati saya sebagai seorang murid yang baik, memandangkan sebagai budak lelaki, saya juga terlibat dengan kenakalan pada waktu persekolahan.

Pada saya guru adalah antara wira yang paling terabai di dalam negara kita, hinggakan adakalanya di tempatkan di kawasan perkampungan yang jauh di pedalaman negara. Mereka ini menghabiskan sebahagian besar daripada kehidupan mereka mengasuh dan membentuk anak-anak orang lain menjadi bakal modal insan yang akan mendorong pertumbuhan negara tercinta ini. Sering kali pula tanggungjawab mereka memerlukan pengorbanan peribadi yang kadang kala tidak diendahkan dan dihargai oleh mereka yang menerima khidmat bakti mereka.

Setahun sekali, kita meraikan pengorbanan dan sumbangan mereka, namun sebenarnya kita juga mesti mengingati dan menghargai mereka setiap hari. Sebagai ibu dan bapa, kita semua mahukan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kita dan berharap mereka akan berkembang menjadi ahli masyarakat yang berguna.

Guru bukan hanya semata-mata bertujuan untuk mengajar kita membuat kira-kira tolak atau campur, atau untuk membaca dan menulis dalam pelbagai bahasa, atau pun untuk menghafal tarikh-tarikh penting dalam sejarah kita. Kehadiran mereka adalah untuk mendidik kita bagaimana untuk menjadi kreatif, menjelaskan pandangan diri kita dengan baik dan memahami peranan dan potensi diri kita di dalam masyarakat.

Maka hari ini, saya mengajak anda semua untuk sama-sama menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada golongan pendidik di Malaysia yang telah mencurahkan jiwa dan raga mereka untuk membina pemikiran setiap generasi Malaysia, dan berharap golongan yang dihormati ini akan terus berkhidmat dengan dedikasi untuk generasi-generasi yang akan datang.

Selamat Hari Guru!
Guru Pembina Negara Bangsa..

Sajak Khas Buat Guru

Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Ismala
1988

Monday, May 11, 2009

Ucapan PM Sempena Hari Ibu

Penghormatan Untuk Para Ibu
Saturday, 09 May 2009
Ucapan khas Perdana Menteri Malaysia Sempena Hari Ibu
Hari Ibu menjadi hari kita memberikan penghormatan kepada kaum hawa yang teristimewa. Hari kita mengenang kembali siapa diri kita, kejayaan yang kita capai dan lahirnya kita di dunia, semuanya kerana mereka telah melahirkan kita. Hari Ibu menjadi hari kita mensyukuri diri kita berterusan dibimbing, sama ada mereka masih ada mahu pun telah pergi

Saya masih ingat akan bimbingan dan kehadiran sokongan ibu tersayang semasa membesar sebagai anak sulong kepada lima beradik. Mungkin pada waktu itu saya terlalu kecil untuk memahami sepenuhnya tanggungjawab yang dipikul ibu sebagai isteri seorang Perdana Menteri. Walaupun pada usia ini, saya masih tidak memahami sepenuhnya kasih sayang dan kesabaran ibu yang sentiasa menyokong anak-anaknya yang kini mereka sendiri adalah tokoh masyarakat dan sentiasa pula menjadi perhatian umum. Saya mengagumi dan terasa kecil oleh ketinggian peradaban dan sikap tenangnya, kemurahan dan kebaikan hati beliau, kebijaksanaan serta gerak hati ibu selama ini. Ibulah yang telah membolehkan setiap daripada kami memenuhi potensi diri; memenuhi janji cita-cita kami dan menyelusuri laluan yang telah ditentukan sebagai takdir kami. Saya ingin meluahkan kepada ibu, Tun Rahah Mohd Noah, kasih sayang dan penghargaan saya yang abadi. Saya tidak mungkin berada di sini hari ini jika tidak kerana sokongan dan kasih sayang ibu yang tidak pernah pudar.

Kita sewajarnya mengiktiraf peri pentingnya asal usul kita, dan peranan yang dimainkan oleh komitmen dan kesetiaan di dalam kehidupan kita. Malaysia telah melahirkan generasi yang menyokong dan peluang untuk menjadi berdikari dan berjaya. Sedang kita bersama-sama berusaha untuk membina 1Malaysia dengan memenuhi potensi negara, kita sebenarnya membalas semangat memberi dan kemurahan hati tersebut.

Maka pada hari ini, saya menyanjungi mereka yang telah memberikan kita bimbingan dan sokongan, kasih sayang dan hala tuju. Saya ingin mendedikasikan hari ini kepada para ibu setiap keluarga di Malaysia. Tiada sesuatu pun yang boleh dibandingkan dengan kesucian kasih sayang seorang ibu.

Selamat Menyambut Hari Ibu.

Friday, May 1, 2009

"Kerana Mu Malaysia Maju" tema Hari Pekerja 2009
Ucapan Khas PM Sempena Hari Pekerja

Apabila kerajaan memperkenalkan Hari Pekerja beberapa dekad yang lalu, ia adalah tentang aspirasi negara. Dan saya bersetuju. Hari ini ia adalah tentang masa hadapan negara kita yang megah ini. Ia adalah tentang kita semua bangkit kepada cabaran memberi nafas baru kepada Malaysia.

Kini ia juga tentang mengiktiraf sumbangan semua rakyat Malaysia yang telah memberikan kekuatan, kemakmuran dan harmoni kepada negara kita. Para pekerja biasa yang menjadikan Malaysia seperti apa yang ada masa ini.

Oleh itu saya ingin mendedikasikan Hari Pekerja ini, 1 Mei 2009 kepada pencapaian sosial dan ekonomi para pekerja Malaysia. Terima kasih - hasilnya adalah luar biasa. Apa yang telah dibina sejak kali pertama para pekerja Malaysia dihargai adalah luar biasa.

Kini kita mesti membangkitkan semangat generasi muda Malaysia untuk meneruskan perjuangan kita. Kita mesti memastikan bahawa kita memberikan pendidikan kepada generasi muda agar mereka menjadi yang paling bijak dan terbaik, seterusnya berupaya bersaing di pasaran global. Kita mesti memastikan, dalam waktu krisis ekonomi ini, kita menyediakan pekerjaan untuk para pekerja dan lepasan pengajian tinggi.

Oleh sebab itulah baru-baru ini saya telah mengumumkan langkah-langkah agresif untuk menghasilkan peluang pekerjaan, merangsang ekonomi dan meliberalisasikan sektor-sektor perkhidmatan dan kewangan.

Pada waktu yang tidak menentu ini, kita jangan sekali-kali lupa bersatu menjadikan kita lebih kuat. Kepelbagaian etnik dan kepercayaan agama di Malaysia telah menjadi asas kejayaan ekonomi dan sosial kita. Itu mesti dikekalkan.

1 MALAYSIA

1 Malaysia
Ucapan PM Malaysia
1 Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.

SENARAI KABINET 2009

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri:
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan Menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
Datuk S.K. Devamany
Ahmad Maslan
T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:
Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:
Datuk Chor Chee Heung
Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri:
Datuk Dr Wee Ka Siong
Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
Menteri: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan Menteri:
Datuk Abdul Rahim Bakri
Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Menteri: Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri:
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Timbalan Menteri:
Datuk Joseph Salang Gandum
Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan Menteri:
Datuk Hassan Malek
Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:
Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan Menteri:
Datuk Dr. Hou Kok Chung
Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Menteri: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri:
Datuk Mukhriz Mahathir
Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:
Menteri: Datuk Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Menteri: Datuk Noh Omar
Timbalan Menteri:
Datuk Johari Baharum
Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:
Menteri: Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri:
Datuk Razali Ibrahim
Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Menteri: Datuk Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:
Menteri: Datuk Anifah Aman
Timbalan Menteri:
A. Kohilan Pillay
Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan