Saturday, February 26, 2011
Monday, February 21, 2011
KAJIAN TEMPATAN TAHUN EMPAT
Rumah moden ialah rumah yang mempunyai reka bentuk yang baharu dan mengikut perkembangan semasa.Kebanyakan rumah moden dibina menggunakan bahan-bahan seperti atap genting, batu ,kaca, besi, seramik, jubin dan kayu.
1. Kondominium
2. Rumah Pangsa
3. Rumah Teres
4. Rumah Banglo
Kondominium
Kondominium merupakan rumah mewah yang mahal harganya. Kondominium dilengkapi dengan fasiliti :seperti tempat letak kereta berbumbung, taman permainan, dan kolam renang, Kebanyak kondominium di Malaysia dibina di kawasan bandar-bandar besar. Lokasi kondominium menarik minat golongan yang berpendapatan tinggi kerana persekitaran dan suasana yang aman, mempunyai perkhidmatan kawalan keselamatan 24 jam dan “kesibukan rendah”. Kondominium lengkap dengan kabinet dapur, almari baju, penghawa dingin dan pelbagai fasiliti lengkap.
Rumah Pangsa
Rumah pangsa adalah rumah yang bertingkat-tingkat. Rumah pangsa selalunya didiami oleh masyarakat yang berpendapatan sederhana dan rendah. Rumah pangsa kebanyakaannya dibina dipinggir bandar.atau di bandar-bandar besar. Rumah pangsa dibina bagi menampung bilangan penduduk yang semakin ramai di negara kita.
Rumah Teres
Rumah teres terdiri daripada rumah teres setingkat dan rumah teres dua tingkat. Gaya seni bina rumah teres ialah bersusun berbaris-baris. Reka bentuk rumah teres berasal berasal dari Eropah pada lewat abad ke-17, di mana sebarisan rumah yang serupa atau berimej-cermin mengongsi dinding tepi. Rumah-rumah yang pertama dan berakhir digelar penghujung teres dan sering lebih luas kawasan daripada rumah-rumah yang di tengah-tengah.Di negara kita, rumah teres amat digemari oleh penduduk sama ada di kawasan bandar-bandar kecil, atau di bandar-bandar besar.
Rumah Banglo
Rumah banglo merupakan rumah yang besar dan luas. Rumah itu juga dikenali sebagai sebuah rumah tunggal dalam satu kawasan tanah. Jadi, tentulah harganya mahal juga, sesuai dengan keunikannya serta keluasan tanah tempat sesebuah banglo didirikan.Di negara kita, terdapat pelbagai jenis rumah banglo. Tetapi kebanyakannya berbeza dari segi bilangan aras atau tingkat. Contohnya, yang biasa kita lihat adalah rumah banglo satu tingkat. Selain itu, rumah banglo dua tingkat juga biasa kita lihat.
Cuma, rumah banglo tiga tingkat agak jarang dibuat oleh orang kecuali mereka yang mampu dan mempunyai pendapatan yang tinggi. Rumah banglo satu tingkat amat sesuai kerana kita tidak perlu hendak naik ke tingkat yang lebih atas. Di negara kita golongan yang berpendapatan tinggi amat gemar mendiami di rumah banglo. Di samping ruang rumah yang selesa dan luas sering kali rumah banglo ini juga mempunyai halaman yang luas.
a.