Monday, February 21, 2011

Rumah Perabung Lima

Rumah perabung lima banyak terdapat di Kelantan.Rumah ini juga adalah rumah sejarah di Kelantan.Terdapat banyak rumah tersebut di Kelantan.Rumah tersebut juga besar saiznya.rumah ini biasanya dibina di kampung halaman.Rumah tersebut hanya ada di Kelantan sahaja.Keistimewaan reka bentuk rumah tersebut kerana ia lebih etnik dan ringkas

Rumah Limas

Rumah Limas banyak terdapat di Johor, Selangor dan Terengganu. Limas bermaksud satu bentuk timba atau takir yang diperbuat daripada daun pisang atau upih yang berbentuk tirus ke atas seperti piramid. Seni bina rumah limas menitikberatkan aspek pengudaraan, pencahayaan dan keselamatan. Rumah limas dibina agak tinggi dari aras tanah bagi menggelakkan dimasuki air ketika musim banjir atau binatang buas pada waktu malam. Ukiran atau jejaring yang ada pada setiap tingkap, bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan tetapi juga untuk memudahkan cahaya dan udara masuk ke dalam rumah. Kebanyakan rumah limas Johor mempunyai “kolong” iaitu bahagian bawah rumah berpagar yang berfungsi sebagai tempat menyimpan barang. Ruang anjung rumah limas lebih besar dan luas kerana ia berfungsi sebagai tempat melayan tetamu dan sebagai tempat melakukan kerja-kerja seperti membaiki jala.

Rumah Minangkabau

Rumah Minangkabau di Negeri Sembilan berasal daripada seni bina rumah Minangkabau di Minangkabau, Sumatera, Indonesia. Perkataan Minangkabau merupakan gabungan dua perkataan, iaitu, minang yang bermaksud "menang" dan kabau untuk "kerbau". Reka bentuk khas pada atap atau bumbung rumah ini disebut gonjong atau bagonjong. Rumah berbentuk memanjang dan bumbungnya melengkung di bahagian hujungnya seperti tanduk kerbau. Komponen bangunannya terdiri daripada ibu rumah, ruang tengah, dan dapur. Ruang ibu mempunyai ruang anjung dan serambi. Ruang tgengah pula terdiri dari satu ruang kecil dan bilik. Kebanyakan rumah Minangkabau di Negeri Sembilan mempunyai ruang di bawah bumbung yang dipanggil peran atau loteng. Ruang ini merupakan ruang tidur anak-anak gadis dan juga boleh dijadikan tempat menyimpan barang-barang.

Rumah Panjang

Rumah panjang banyak terdapat di negeri Sarawak. Kebanyakan orang Iban tinggal di rumah panjang yang dibina berhampiran dengan sungai. Rumah panjang dibina daripada kayu dan merupakan bentuk binaan tetap yang awal dalam banyak budaya. Beberapa keluarga akan tinggal bersama di rumah panjang ini. Jenis rumah panjang orang asli Malaysia Timur biasanya mempunyai bilik-bilik tambahan. Di sebelah depannya ialah serambi dan di sebelah belakangnya pula ialah bahagian dapur.Rumah panjang itu didirikan dengan bertiang tinggi supaya ia tidak terjejas oleh air bah. Pada zaman dahulu, ini juga merupakan satu cara untuk melindungkan rumah daripada diserang oleh musuh. Untuk masuk ke rumah itu, seseorang terpaksa menaikinya melalui tangga-tangga yang dibuat dari batang kayu. Biasanya rumah panjang mempunyai 10 dan 20 bilik . Setiap rumah panjang mempunyai "ruai" iaitu ruang bilik bersama yang terletak di bahagian hadapan rumah itu di mana kebanyakan aktiviti diadakan di tempat itu. Rumah panjang mempunyai seorang ketua yang dikenali sebaga Tuai Rumah atau ketua rumah panjang.


Rumah Bumbung Panjang

Rumah bumbung panjang banyak terdapat di Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Kedah. Rumah bumbung panjang menggunakan bumbung panjang jenis mendatar dan di muka tepi dindingnya dipasang dinding tegak yang dipanggil tebar layar manakala komponen bangunannya terdiri dari rumah ibu dan dapur. Pembahagian ruangnya terdiri dari ruang rumah tangga, terletak dihadapan ruang serambi luar, ruang tengah, ruang serambi dalam, ruang gajah menyusu dan dapur. Bahan-bahan rumah ialah dari kayu seperti cengal dan meranti manakala atapnya dari rumbia

Rumah Bagan

Rumah bagan adalah rumah yang dibina di dalam air. .Rumah bagan dibina dengan menggunakan tiang yang tinggi.Rumah bagan juga amat sesuai untuk nelayan yang mencari rezeki. Rumah bagan terdapat di Kuala Kurau, Kuala Gula dan banyak di Sabah.Secara keseluruhannya rumah bagan banyak terdapat di negeri Sabah.

8 comments: