Sunday, January 23, 2011

GAMBAR SENI KRAF - Seramik





Bidang Seni Kraf - Tembaga





Bidang Seni Kraf - Perak





Bidang Seni Kraf - Kayu





Bidang Seni Kraf - Anyaman





Bidang Seni Kraf - Songket





Bidang Seni Kraf - Batik





INFO KT 1

SERAMIK/TEMBIKAR

Perusahaan tembikar boleh menghasilkan labu, bekas air, tabung, cawan dan berbagai-bagai barang perhiasan.

BATIK

Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

PERAK

Proses membuat barang perak berbeza-beza, bergantung samada barang yang hendak dihasilkan itu kasar (besar) atau perhiasan halus. Barang kasar merangkumi kendi, tepak sirih, kaki lilin dan kotak borang kemas, cucuk sanggul, kerongsang, pin baju dan sebagainya. Manakala barang perhiasan termasuk cincin, gelang, rantai dan sumpamanya.


SONGKET

Pada zaman dahulu songket melambangkan kebesaran. Raja-raja dan pembesar-pembesar istana sahaja yang bekemampuan memakainya. Kegunaannya adalah untuk membuat tanjak, samping, kain selendang dan persalinan diraja. Tetapi di zaman moden songket digunakan untuk pakaian pengantin, perhiasan dinding, beg tangan, alas meja, barang-barang cenderamata dan sebagainya mengikut keupayaan pengusaha untuk mempelbagaikannya.

ANYAMAN

Pokok kelapa dikenali sebagai pokok serbaguna kerana semua bahagian pokok ini boleh digunakan. Salah satu bahan kraftangan yang diperbuat daripada pokok kelapa ialah lidi. Berbagai-bagai barangan boleh dihasilkan daripada lidi kelapa. Antaranya, lekar, bakul, tempat simpan telur, bekas buah-buahan dan raga gubahan bunga.

Rotan merupakan sejenis tumbuhan palma yang memanjat. Pelbagai jenis rotan tumbuh liar di hutan-hutan nusantara. Antaranya rotan air, rotan bakau, rotan batu, rotan bukit, rotan kera, rotan kolam, rotan manau, rotan sega dan sebagainya. Daripada puluhan jenis itu, rotan batu, rotan manau dan rotan sega dianggap paling baik untuk tujuan pembuatan perabot dan hasil anyaman. Malah, berasaskan potensinya dalam pembuatan perabot, sejak beberapa tahun
kebelakangan rotan manau telah ditanam secara besar-besaran sebagai tanaman komersil sampingan di celah-celah barisan tanaman lain. Hasil anyaman rotan tradisional termasuk bakul, kerusi, lekar, nyiru, raga dan juga alat permainan tradisional seperti sepak raga. Sesuai dengan cara hidup moden, rotan kini semakin popular sebagai kelarai perhiasan, seperti terendak lampu.

INFO KT 2

1. Perusahaan batik banyak terdapat di negeri Kelantan dan Terengganu.

2. Kain songket terhasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama
dengan benang emas atau perak.

3. Seseorang yang mempunyai kemahiran menenun boleh menghasilkan songketyang berkualiti.

4. Kuala Kangsar terkenal sebagai tempat perusahaan seramik atau tembikar.

5. Kraftangan tembaga di Malaysia dihasilkan melalui kaedah
acuan penghapusan lilin dan goresan
timbul.

6. Teknik utama dan gaya dalam seni ukiran kayu Melayu ialah
tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk
timbul.

7. Di antara jenis bunga-bungaan yang sering dijadikan motif dalam pertukangan perak ialah
Bunga Mentari, Bunga Padi, Bunga Kiambang, Bunga Senduduk, Bunga Teratai, Bunga Dahlia dan
Bunga Langsat.

8. Seni anyaman di Malaysia berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti anyaman buluh, anyaman pandan
dan mengkuang, anyaman rotan, anyaman ribu-ribu dan anyaman lidi.

·